welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Friday 25 May 2012

SaMa tP bErbeZa

~jom layan lagu ni sambil baca~

Tira.....Azizi.... Mereka sama.


Mereka sama... kedua-dua insan ini adalah insan yang aku amat sayang dulu. bahkan, perasaan sayang itu masih terkesan di hati ini sehingga sekarang. sayang yang teramat sangat, sayang pada mereka mengatasi segalanya.


Mereka sama... dulu kami saling berjanji takkan meninggalkan dan ditinggalkan. untuk sentiasa bersama walau apa juga keadaannya.


Mereka sama... mereka berdua tinggalkan aku dalam keadaan hati aku hancur berkecai sehingga tak dapat nak dibaiki lagi. kalau masih boleh dibaiki sekalipun, kondisinya akan menjadi sangat buruk.


Apa yang berbeza??.. Azizi, lelaki yang meninggalkan aku kerana perempuan lain walaupun aku dah 100% setia padanya. Dia yang mengajar aku untuk jadi playgirl suatu ketika dahulu. Tira, sahabat baik yang meninggalkan aku hanya kerana salah faham kecil yang dibesarkan dan kerana keegoan masing-masing dan silap aku sendiri yang terlalu memaksa untuk kembali memulihkan keadaan. Tira mengajar aku untuk kembali menjadi seorang yang pendiam seperti di sekolah dahulu.


*nasib aku dirundung malang sederas gelombang menghempas ke pantai. Tiada esok lagi... Kelam masa depan...cuma hidup ini sudah tidak beerti*


#insyaAllah ini last aku post pasal Tira kat blog aku. kalau betul itulah keputusan dia. untuk menjauhkan diri dari aku. termalu sendiri pabila mengenangkan hanya aku yang merayu2.. seperti aku sangat terdesak.. fikirkan dia hanya akan buat aku menangis terbayangkan wajahnya yang sudah benci melihat diriku yang hina ini...

No comments: