welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Friday 12 April 2013

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong

Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasulullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberikan 100 ganjaran pahala mati syahid, sedangkan 1 pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur selain dari cara nabi saw, dia hanya akan mendapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. Hehe


Antara sunnah Nabi saw sebelum, ketika, dan selepas tidur ::
Sebelum dan selepas tidur, baca doa tidur. Ramai yang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.
Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-KAfirunn) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismilahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismilahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terhindar dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, dari kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut.
Niat untuk bangun tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik baik pelindung dari sihir dan buatan orang.
Ambil wudhu' sebelum tidur dan solat sunat taubat 2 rakaat. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur, boleh buka fail semula kalau mahu. :P
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.



Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek dan pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar, benih yang masuk bercampur dengan benih benih Syaitan/Jin. Jadi, jangan marah kalau anak-anak ikut perangai 'bapa-bapa angkat' mereka ketika kita bersetubuh dulu. (^_^)

Imam Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi saw telah bersabda : "Jika salah seorang daripada kamu rasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk, berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."