welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Monday 9 January 2012

Rukun Islam

Anas bin Malik r.a. katanya : 
kami dilarang bertanya sesuatu kepada Rasulullah s.a.w.. maka kami merasa amat bertuah apabila seorang kampung yang cukup bijak datang menghadap Rasulullah s.a.w. untuk bertanya kepada baginda di mana kami dapat mendengar perbualannya.. kemudian datang pula seorang lelaki dari daerah pendalaman lalu bertanya baginda : Wahai Muhammad! utusanmu telah datang kepada kami dan menyatakan kepada kami bahawa engkau telah diutuskan oleh Allah.. lalu Rasulullah s.a.w. menjawab dengan bersabda : Memang benar.. lelaki tersebut brtanya lgi : siapakah yang menciptakan bumi? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan bersabda : Allah. kemudian lelaki tersebut bertanya bertanya : siapakah yang menegakkan gunung ganang dan menjadikannya sebagaimana sekarang? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan bersabda : Allah. lelaki tersebut terus bertanya : Demi Pencipta langit dan bumi serta menegakkan gunung-ganang, adakah Allah yang telah mengutuskanmu? Rasulullah menjawab dengan bersabda : Ya. lelaki itu bertanya lgi : utusanmu mendakwa bahawa kami wajib mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam.. Rasulullah menjawab dengan bersabda : memang benar. lelaki tersebut bertanya lagi : demi Allah yang mengutusmu, adakah Dia yang mewajibkan perkara ini kepadamu? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan bersabda : Ya. lelaki tersebut bertanya : utusanmu mendakwa bahawa kami wajib mengeluarkan zakat dari harta kami.. Rasulullah s.a.w. menjawab dengan bersabda : memang benar. lelaki tersebut bertanya lagi : Demi Allah yang mengutusmu, adakah Dia yang mewajibkan perkara ini kepadamu? Rasululullah menjawab dengan bersabda : Ya. lelaki itu berkata lagi : utusanmu mendakwa kami  bahawa kami diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan setiap tahun... Rasulullah s.a.w. menjawab dengan bersabda : memang benar. lelaki itu bertanya lagi : Demi Allah yang mengutusmu, adakah Dia  yang mewajibkan perkara ini kepadamu? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan bersabda : ya. lelaki tersebut berkata lagi : utusanmu mendakwa bahawa kami wajib mengerjakan Haji di Baitullah sekiranya berkemampuan. Rasulullah menjawab dengan bersabda : memang benar. kemudian lelaki tersebut beredar sambil berkata : Demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak akan menambah atau mengurangi apa yang telah engkau jelaskan.. setelah mendengar kata-kata lelaki tersebut, baginda pun bersabda : sekiranya dia membenarkan sebagaimana yang diucapkannya nescaya dia akan masuk syurga.


Sahabat sekalian, tahniah jika anda membaca semua artikel dengan penuh tenang dan sabar.. buat anda yang masih skip-skip atau baca tak habis sebab bosan, tidak mengapa..


hurm... itulah hadis yang mengisahkan pertanyaan tentang rukun Islam.. kenapa tiba-tiba nisa rase nak post psal rukun Islam eh?? sebab nisa rase pada zaman yang makin canggih ngan teknologi ni... makin ramai manusia yang lalai dan alpa dengan kehidupan duniawi semata2 tanpa mengirakan kehidupan di akhirat sana kelak.. bkan nisa nak ckap yg nisa nih baik sangat kan?? tapi, cukup la sekadar untuk mengingtkan kita semua yg masih hidup untuk menambah amal kte yang msih kurang utk menghadap Dia kelak.. nisa tak kisah kalau korg nak ckap nisa berpura2 baik, nisa berlagak baik ke ape pun.. mulut masing2 kan.. post ini hanyalah untuk mengingatkan nisa bahawa kehidupan yang kekal adalah kehidupan di akhirat sana..


nisa tau selama ni nisa terlalu alpa dengan kehidupan duniawi.. nisa terlalu taksub mengejar dunia semata2... nisa khilaf dan gagal melaksana tanggungjawab sebagai hambaNya didunia ini.. tapi, atas teguran beberapa orang kawan nisa, nisa kembali menginsafi kekhilafan diri.. InsyaAllah nisa akan cuba yang terbaik untuk kembali mengabdikan diri kepada-Nya.. kembali mencari sinar cahaya yang menerangi kegelapan di hati ini..


Hanya mampu berdoa, semoga nisa dan kita semua akan berjaya mencari dan memperolehi keberkatan-Nya.. InsyaAllah... Assalamualaikum w.b.t.