welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Thursday 14 June 2012

diriku yang bersalah.. :(


Bangun pagi, ingat nak sambung tidur balik. Tapi, lupa baju banyak nak kena kemas. Kak ipar aku nak datang ambik arini. Terpaksa la rajinkan diri.
Tengok balik, wah, banyak jugak barang duduk ump ni kan. Yang heran, datang dulu 2 3 beg je. Nak balik ni bertambah2 beg tambah dengan kotak lagi. Haha! Kelakar.

Macam biasa la kan, lepas kemas barang aku nak lepak bilik study macam biasa yang dulunya bilik tayangan, tapi aku panggil bilik kosong je, sebab bilik tu memang kosong takde barang apa2 dah sekarang. Tapi, kira dah jadi bilik tayangan jugak la kan bagi aku sebab duduk dalam tu tengok movie aje lepas dah abis paper. Hihi…

Pergi aje, bilik terkunci! Sebelum ni takde pun nak kunci2, tapi dah habes sem ni pandai pulak nak tukar tombol pintu tu. Alamak, memang nak marah dah sebenarnye. Tapi, sabar je, barang aku ada dalam tu kot! Budak bilik depan tu cakap pergi jumpa felo kat pejabat! Arghh, aku tak suka la urusan rasmi! Nak amek barang je pun...

Ni lah dialog dengan felo2 and senior2 skim pelajar bekerja (spb) terbabit:

Nisa : salam.. kak, bilik c2-gf-07 tu kunci ke? Barang saya ada kat dalam la kak.
Spb 1 : erk.. akak pun tak tau la dik.. cuba adik Tanya abang ni.. <sambil tunjuk2>
Nisa : bang, bilik c2-gf-07 tu kunci ke? Barang saya ada kat dalam tula.
Spb 2 : c2-gf-07 ? jap ye.. <masuk dalam..buat2 busy, Tanya yang lain2..pastu keluar buat muka selamba je>
5 minutes later…..
Nisa : barang saya macam mana ni?
Spb 2 : erk..jap ye.. <layan student yang hantar kunci>
Nisa : hurm.. ok…<still senyum>
3 minutes...
Nisa : abang, barang saya macam mana??
Spb 2 : ha…. Tanya encik ni.. <sambil tunjuk sorang felo tu>
“poyo la kau bang! Encik ni daripada tadi depan aku kot! Asal tak suruh daripada tadi aje. Buat penat aje aku tunggu.dah la pejabat kk dah nak tutup pun tak bagi warning dulu. Ramai lagi orang dalam ni.. Sakit hati pulak dengan peka 3.”
Felo 1 : ooo.. barang awak la ye dalam bilik tu? Awak tidur kat situ ke? Saya dah tengok dah, complete set, semua ada..(barang budak laen pun ada la.. bukan saya aje!!>
Nisa : ye encik.. <nak aje aku cakap, salahkah niat saya nak bagi roommate saya tidur lena tiap2 malam.. >
Felo 1 : awak tau tak tindakan awak tu salah? Saya boleh saman awak ni, tau tak? <niat aku baik.. napela takde sape yang paham..lagipun aku orang miskin aje, mana ada duit nak bayar saman..encik suka ya dera orang miskin macam saya mentang la encik kaya, saya miskin>
Nisa : saya study kat situ encik.. <hurm.. adoi la… nak study pun salah ke?tak faham betul felo ni.>
Felo 2 : awak tau kan bilik study kat mana?
Nisa : tau..
Felo 2 : kenapa tak study kat bilik study? Ish awak ni..
<aku mampu tertunduk jela.. nak tahan airmata daripada mengalir depan dorang..>
Felo 1 : awak ni.. patutnya Tanya la pendapat kitaorang dulu sebelum buat apa2.. awak study sorang2 ke kat situ?
Nisa : kadang2 saya sorang, kadang ada orang lain datang study jugak..
Felo 1 : orang lain tu pun kawan2 awak jugak kan? <nada sinis giler>
Nisa : bukan encik.. budak fakulti lain.. ada yang saya kenal, ada yang saya tak kenal.. <dalam hati, semua orang kat ump ni kawan aku kan….sakit aje hati…>
Felo 1 : awak tahu kan tu bilik tayangan bukan bilik study?? Lain kali awak buat lagi, takde maaf dah bagi awak…

Uish… dalam hati! Aku memang bengang giler ngan felo. Nak nangis tadi kot. Nasib baik tak turun je air mata ni. Aku ni dah la takleh kena marah, nanti laju je mengalir. Malu kot. Lagi satu, takleh tegur baik2 ke? Ramai dalam tu tadi kot.. aku pun ada maruah la! Bukan aku sorang aje yang study dalam bilik tu. Nasib baik sem depan bukan kolej kediaman 3 lagi dah. Tak mau dah aih aku jumpa felo2 tu semua.

Tuesday 5 June 2012

Ajalku Ditangan Tuhanku


Ajal maut memang kat tangan Tuhan. Tapi, petandanya kita akan dapat rasa.

Rambut aku makin banyak yang gugur. Makin disikat, makin banyak. Sikat lagi, gugur lagi. Selagi tak berhenti sikat rambut, selagi tula ia akan gugur.
Batuk berterusan. Makin lama makin teruk batuk aku. Aku rasa dah makan ubat dah. Tapi langsung tak memberikan kesan.

Ramai yang cakap, maybe ia disebabkan oleh penyakit. Kanser mungkin. Dorang pesan pergi jumpa doctor kalau alami masalah macam ini. Tapi, aku malas. Biarlah aku yang tanggung sorang2. Aku taknak risaukan ma dan abah aku.

Aku tak pasti akan hal itu. So, aku taknak bising. Aku sendiri pun taknak pastikan dengan doctor. Kalau betul pun, aku taknak dapat rawatan apa2. Aku sekarang lebih prefer mati daripada hidup. Tapi, aku takkan bunuh diri sebab berdosa. Biar Allah sendiri yang cabut nyawa aku.

Hati aku kuat mengatakan aku takkan mampu untuk hidup lebih lama. Makin aku tolak, makin kuat naluriku berbisik. Sehinggalah aku sudah tidak berdaya menolaknya.

Memang la aku tak pasti adakah betul apa yang aku rasakan ni. Mungkin Cuma mainan perasaan aku saja. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Aku sebagai seorang hamba tak mampu melakukan apa2 selain terus beriman & beramal kepadanya.

Harapan aku, kalau betul umurku tidak panjang, aku tidak mahu ada sesiapa pun bersedih akan kepergianku. Atau mungkin sekarang pun semua orang lagi berbahagia kerana ketiadaan aku. Kalau begitu, baguslah. Mungkin aku akan berbahagia sekiranya Allah mencabut nyawaku nanti.









*notakaki*
give up study calculus. just wanna wait till exam. paper BUM2123 APPLIED CALCULUS ~> 05 06 2012 ~> 2.30P.M TO 5.30P.M~> DEWAN BESAR PEPERIKSAAN (DBP)

Monday 4 June 2012

PTPTN

PTPTN... ada kebaikan ada keburukan... 


Apa lagi yang mesti dipertikaikan?? Elok sangat kah parti politik bergaduh bagai.. bukan kah dah bagi imej negatif parti politik pada pandangan masyarakat.. 


apa kebaikan PTPTN?? tanpa PTPTN macam mana pelajar miskin macam aku nak bayar yuran??mana mak aku nak cari duit bayar yuran yang mencecah dua ribu ringgit setiap sem.. kalau betul yuran percuma sekalipun, duit belanja harian aku, siapa yang nak tanggung?? makan minum keluarga aku kat kampung pun masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. aku bukan orang kaya.. tak fikir ke kalau PTPTN dimansuhkan, ada orang miskin jadi pencuri, perompak dan seumpamanya semata2 nak masuk universiti.. malah, mungkin akan ada yang tolak peluang belajar dengan alasan tak ada duit.. sampai bila negara nak maju kalau situasi ni yang berlaku?? 
kalau digantikan dengan biasiswa sekalipun, bukankah ia lebih memudaratkan?? pelajar akan merasa mewah dengan wang yang diterima.. dia tidak perlu membayar satu sen pun duit yang diterima dan ini akan menyebabkan pelajar 'enjoy' lebih.. shopping sana, shopping sini, enjoy sana, enjoy sini.. itukah yang dimahukan?? aku tidak menceritakan tentang pelajar lain.. benda ini juga akan berlaku pada diri aku sekiranya aku mendapat wang percuma semata2 tanpa perlu berusaha..


apa keburukan PTPTN?? keburukan PTPTN ialah caj 1% tersebut.. itu membebankan kami.. sudahlah hutang PTPTN yang terlampau tinggi.. angka terlampau besar, ditambah pula dengan terpaksa  bayar caj 1%.. hutang tersebut terpaksa dibayar sebaik saja kami keluar daripada universiti.. tidak terfikirkah, berapa graduan diluar sana yang masih belom mendapat kerja?? sampai tua kami akan masih dibelenggu hutang PTPTN.. apa lagi yang buruknya tentang PTPTN?? PTPTN menggalakkan riba.. dalam Islam, Riba itu Haram.. kami tidak mahu terlibat dengan benda haram.. tapi, kami terpaksa juga terima PTPTN sebab tiada sumber kewangan lain lagi yang dapat membantu kami untuk meneruskan pembelajaran.. mahu saja kami menolak PTPTN, tapi mampukah kami mencapai impian kami sekiranya harapan kami hancur dek kerana masalah kewangan..
Menurut Islam, selagi termampu, elakkan benda haram tersebut.. tapi, kami tak berdaya... lebih2 aku yang hanyalah anak nelayan dengan sumber rezeki yang tidak menentu..


setiap benda yang berlaku ada kebaikan... ada keburukan... kesal dengan sikap pemerintah dan rakyat Malaysia sekarang yang berusaha untuk mencari kesalahan orang lain.. bermacam isu yang tak patut dipersoalkan mula ditimbulkan.. 


Ini hanya luahan hati aku.. aku tak suka orang bergaduh.. tambah2 bangsa aku sendiri.. memang aku taknak ambil tahu isu politik bagai.. tapi, benda tu yang sering aku lihat dan dengar membuatkan mata dan telinga aku sakit melihat anak bangsa aku bergaduh sesama sendiri tidak kiralah siapa puncanya.. tak tahu ke, bangsa lain kat luar sana sedang bergembira melihat kita bergaduh sesama sendiri..??