welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Wednesday 16 May 2012

Roda

hidup ni boleh diibaratkan seperti roda. kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah. Sama la seperti hidup aku.

aku pernah berada diatas. Ramai kawan. semua orang suka. Ramai orang minat. rapat dengan semua orang. business berjalan lancar. pernah rapat gila dengan roomate aku. kalau kat fb pulak, ramai yang like status. ramai yang tegur dekat chat. ramai yang komen status. ramai yang komen gambar. ramai yang add friend.

aku pernah jugak berada dibawah. seperti sekarang. kawan baik sendiri pun tak suka. roomate apetah lagi, menyampah dengan perangai aku kot. ramai budak UMP tak suka aku. semakin hari semakin ramai yang cakap aku berpura2 baik. ramai yang cakap aku bajet hot. ramai yang remove aku dari friend list dorang. dah tak ramai yang tegur kat chat. dah makin kurang 'likers' status aku. komen pun dah takde. makin ramai yg tak suka dengan apa yang aku post kat fb. semua yang aku post tak kena pada dorang. padahal, aku post benda yang islamik. dorang cakap aku poyo baik. padahal macam 'shitt'.


bila difikirkan balik, aku hampir terjatuh. jatuh kedalam gaung yang sangat dalam. semua masalah datang menghimpit secara tiba tiba. kadang aku terfikir untuk tidak mahu meneruskan. mungkin bila aku sudah tiada, dorang akan faham dan tahu mana yang benar. 


tapi, itu tak menyelesaikan masalah. aku perlu terus bangkit. Allah sentiasa ada untuk aku. Ma dan Abah aku juga sentiasa ada. dorang yang sentiasa bantu aku untuk kembali bangkit.


syukur Alhamdulillah, aku dah sedar. insyaAllah, akan aku hadapi semua ujian ini dengan senyuman dibibir. :)

No comments: