welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Friday 6 December 2013

Teka Teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(teka teki)


#Teka Teki 1

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini?

Murid 1 : Orang tua.
Murid 2 : Guru.
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum Kerabat.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah Ali Imran: 185)


#Teka Teki 2

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita didunia ini?

Murid 1 : Negeri China.
Murid 2 : Bulan.
Murid 3 : Matahari.
Murid 4 : Bintang-bintang.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


#Teka Teki 3

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Murid 1 : Gunung.
Murid 2 : Matahari.
Murid 3 : Bumi.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU.

(Surah al-A'raf : 179) . Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke Neraka.


#Teka Teki 4

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 : Baja.
Murid 2: Besi.
Murid 3 : Gajah.

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi, manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak manusia masuk ke Neraka kerana gagal memegang amanah.


#Teka Teki 5

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan didunia ini?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar. Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


#Teka Teki 6

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang.

Imam Ghazali : Itu benar. Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday 19 November 2013

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 )Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dans ebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental ataugila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. 
(tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah

diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Thursday 5 September 2013

Kelebihan Ayat Kursi

Assalamualaikum w.b.t.

Hurm.. Sekarang duk kecoh pasal harga minyak naik 2 kupang. Tapi, aku heran jugak, nak naikkan minyak, nape tak naikkan gaji sekali eh. Paling kesian dekat rakyat yang berpendapatan rendah macam family aku jelah. But wait, now taknak cakap pasal minyak. Minyak naik ke, naik minyak ke, orang minyak naik minyak ke, lantaklahh. Bukan taknak peduli, malas nak bahaskan je.

Untuk harini, nak buat amal kebaikan sikit. Nak berkongsi ilmu. Bukan niat nak berlagak baik, tapi tak salah rasanya kongsi ilmu apa yang ada. Dapat pahala. Kan? Hehe

Okay.. Antara kelebihan ayat kursi adalah :

1. Bila kita baca ayat kursi sebelum keluar daripada rumah, 70 000 malaikat akan jaga kita dari semua sisi

2. Baca sebelum masuk rumah, in-sha Allah kemiskinan tidak akan masuk dalam rumah kita.

3. Kalau baca ayat kursi sebelum berwudhu pulak, darjat kita akan dinaikkan sebanyak 70 tingkat

4. Sebelum tidur, baca ayat kursi, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

5. Baca tiap kali lepas selesai solat, jarak antara kita dengan syurga hanyalah kematian.



Tu jelah yang aku tahu. Wallahualam. Sapa2 yang tau kelebihan ayat kursi selain yang diatas, boleh lah kalau nak share. Hurm, tak lama pun sebenarnya nak baca ayat kursi tu. Bukan panjang pun kan.

Tu jelah kot kali ni.
Terima kasih sebab sudi jenguk blog ni. (^_^)

Friday 2 August 2013

Kelebihan surah al-Kahfi

Bismilahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt

Sempena bulan puasa ni, bukan nak bajet baik ke ape, tapi tak salah berkongsi ilmu kan? 
Hurm, kali ni nak berkongsi pasal kelebihan surah al-Kahfi pulak. Mana tau, ia boleh membawa manfaat untuk semua. Kan? Tak gitu? (^_^)

Sabda Rasulullah saw :
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam jumaat maka terpancarlah cahaya diantaranya dan baitullah"
(Riwayat al-Baihaqi dari Abi Said al-Khudri)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Dharba', Daripada Rasulullah saw bersabda :
"Sesiapa menghafal sepuluh ayat permulaan daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada dajjal."
(Riwayat muslim, Abu Daud an-Nasai, at-Tarmizi daripada Qatadah)


Imam Ahmad berkata, daripada Abi Dharba', Daripada Rasulullah saw bersabda :
"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal."
(Riwayat muslim dan an-Nasai)

Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Rasulullah saw bersabda :
"Sesiapa membaca dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya  antara langit dan bumi."
(Riwayat Ahmad)

Daripada Umar berkata, Rasulullah saw bersabda :
"Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga kelangit, untuknya dihari kiamat, dan diampunkannya antara dua jumaat"
(Riwayat Ibnu Katsir)

Sabda Rasulullah saw
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada siang atau malam jumaat, maka diampunkan dosanya hingga jumaat akan datang, dan 70000 malaikat memohon rahmat kepada Allah swt hingga waktu subuh, dan dijauhkan Allah swt dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta'un, penyakit sopak, dan dijauhkan dari fitnah dajjal."

Oleh itu, kawan2 ayuhlah kita.. Bukan lama pun nak baca surah al-Kahfi. Kalau tengok running man boleh sampai sejam lebih, apa salahnya baca kejap surah al-Kahfi kan? 
Renung-renungkan & Selamat beramal ye. (^_^)


Sunday 14 July 2013

MiNaT

Minat? It's just 'minat'. Bukan suka, sayang, cinta, rindu bla bla bla. It's different u know.

Tipu kalau cakap takde minat kat sape2 sepanjang hidup ni. Melainkan awak tu baby yang baru umur setahun kan. Masa tu takdak nak jumpa mana2 awek cun, pakwe ensem lagi. Time tu kenal mak abah kita je.

Orait2, back to our story, opps! My story. Hee~
Baru2 ni, Nisa ade kenal sorang mamat ni. First time tengok, tapi dah jatuh hati. Ok lah kan. Ingat macam minat biasa2 ja. Alaa, macam Nisa minat laki lain2 tuh, minat suka2 kata orang. Let call him Mr.A keyh~

Orait, balik ja aritu, terus stalk facebook dia. Terus add dia tanpa ragu2. Aiza kata, nisa dah gila. For that time, Aiza & me minat orang yang sama. Mr.A jugak. Usha gambar2 mr.A and then i see a picture of a gurl. Jangan nak kata lah jeles yang teramat sangat time tuh. I don't know why. But I just assume it just a jealousy of a girl for her crush lah, it's nothing biggie i think.



Aku teruskan hidup macam biasa. But, everyday i stalk his facebook. Astaghfirullahalazim. Aku dah angau! Yes, i admit it. Aku dah jatuh cinta. Ya Allah, it shouldn't be like that. I hate that feeling. One thing for sure, NISA, U'RE NOT SINGLE!!

One day, dapat tau mr.A ada twitter rupanya. I rasa, u all boleh agak kot apa yang I dah buat. I stalk his twitter everyday. Facebook lagi, Twitter lagi. Aku dah gila!!!
Tambah lagi sekarang, aku pantang dengar mana dia. Tengah2 mengantuk time terawih, Ayu usik aku cakap nampak mr.A kat bawah, terus segar mata mencari. But, hampa! Ayu Tipu. Cehh~

Ingat lagi apa yang Aiza cakap, "Nisa, nape kau terima *** awal sangat? Patutnya kau tunggu dulu. Tengok sekarang apa yang dah jadi." Ayu pulak pernah tanya aku, "Macam mana kalau mr.A ajak kau couple, how bout ***?"

Ya Allah, sumpah aku takde jawapan untuk semua tu. Tapi, How should i say it.
"Jangan pernah tinggalkan orang yang sayang kita demi orang yang kita sayang."
Maybe aku takkan tinggalkan my pakwe right now for mr.A unless kalau my pakwe tu tak reti nak jaga aku betul, selalu sakitkan hati aku. KECUALI lah kan. Let's see macam mana nanti~

Olrite. That's all for now. K, bubye~

Sunday 23 June 2013

Rahsia Khusyuk Solat

Assalamualaikum wbt

Pernah tak kita tengah-tengah solat, tetiba terfikir tentang benda lain? Maksudnya kita memang tak fokus lah masa solat tu. Hurm, ni nak cerita sikit...

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggap lebih beribadah daripadanya, demi untuk memperbaiki dirinya yang dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim al-Isam dan bertanya, "Wahai Aba Abdulrahman, bagaimanakah caranya tuan solat??" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin pula membasuh anggota dengan 7 perkara :
► Bertaubat
 ►Menyesali dosa yang dilakukan
 ► Tidak tergila-gilakan dunia
 ► Tidak mencari atau mengharapkan pujian orang (riak)
 ► Tinggalkan sifat berbangga
 ► Tinggalkan sifat khianat dan menipu
 ► Meninggalan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah SWT ada dihadapanku, syurga disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri diatas titian 'Siratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solat aku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufahami maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Begitulah kisah seorang alim ulamak dengan ibadah beliau. Marilah kita perbaiki solat kita. Tinggalkan duniawi buat sementara waktu, beri tumpuan sepenuhnya kepada akhirat. Bukan lama, 5 minit je 5 kali sehari. InsyaAllah, solat kita pasti diterima. =)

Wednesday 5 June 2013

Subuh Berjemaah (^_^)

Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum nak teruskan berbicara tentang topik pada kali ni, nak tau sikit, cer angkat tangan sapa2 yang selalu solat subuh berjemaah? Tak kira lah, dengan kawan2 ataupun keluarga tercinta. Cer angkat.. (Cehh, bajet nampak ja kan sapa yang angkat tangan tu. Hahaha)

Hurm, solat subuh sebenarnya sangat2 lah dititikberatkan dalam Islam. Tambah pulak solat subuh berjemaah. Rasulullah SAW pun duk pesan kan,
"Sesungguhnya solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya meski dalam keadaan merangkak sekalipun." Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Solat subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak atau tidak layak mendapat kejayaan, akan tetapi berhak diberikan kejayaan kepada umat yang lain. Manakala, umat yang menjaga solat subuh secara berjemaah adalah umat yang paling berhak untuk tegak kukuh di muka bumi. 

Pernah, salah seorang pemimpin yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali dengan satu hal, iaitu bila jumlah jemaah solat subuh menyamai jumlah jemaah solat jumaat. InsyaAllah, dengan izin Allah, semua ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ni. Haa? hang tanya macam mana? Hang lah kena mulakan. Ajak kawan2 pi solat subuh berjemaah kat masjid nuh. Bangun pagi, hang kejut kawan2 hang ajak pi sama2. Toksah takut kena marah. Hang dah kejut kawan hang tu, Allah dah bagi pahala dah kat hang walaupun depa tak bangun. Hang taknak pahala ka?

Uthman bin Affan r.a. berkata, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa solat isyak berjemaah, maka seakan-akan dia telah solat sunah setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh berjemaah, maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam yang penuh"(Hadis Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman : 
"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan Malaikat. Dan pada sebahagian malam hari, solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.."
(al-Isra 78-79)

Haa, lepas nih sama2 lah kita mengimarahkan masjid waktu solat isyak, juga solat subuh. Tapi, kalau nak lagi baguih, zuhur, asar maghrib tu sekalilah. Solat berjemaah tu lagi banyak pahala. InsyaAllah lagi berkat. Kalau sapa2 malas tu, rajin2kan lah pasnih. Moh lah kita berebut pahala banyak2 memandangkan dunia dah akhir zaman ni kan.

Tu jaa kot kali ni. Assalamualaikum~

Sunday 2 June 2013

Adab adab tidur dalam islam (^_^)

Assalamualaikum.. Kali ni nak update pasal agama pulak. Yelah, rohani & jasmani kenalah seimbang kan? Kadang2 kena jugak selalu bagi ubat untuk hati kita. Barulah betul namanya menjaga nikmat yang Allah SWT bagi ni. 


Islam mementingkan tidur & rehat agar ibadat agar ibadat & aktiviti seharian dapat dijalankan dengan baik & seimbang. Malah tidur dapat menentukan kesihatan & menghasilkan kecergesan dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai 1 ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam. Antaranya adalah :

1. Berwuduk
Sebaik2 gosok gigi anda sebelum tidur. Malah biasakan diri ambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan & iblis.

2. Perut tidak terlalu kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3. Mengingati kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang anda telah lakukan sepanjang hari. Sekiranya anda melakukan perkara2 yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.

4. Membaca doa & surah tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah2 tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan & seeloknya mengadap kiblat.
Rasulullah SAW sering mengamal membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua2 belah tangannya lalu digosok ke seluruh badan dimana tanggannya dapat sampai. Bacaan & perbuatan baginda ini diulang 3 kali berturut-turut.

5. Berazam untuk bangun awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak 3 kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri & mendirikan solat subuh.

6. Bangun awal
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa, "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepadanya kami akan dibangkitkan". Kemudian, lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot2 badan.


Sekian sahaja untuk post kali ni. Wasalam...
Sumber : Sahabat Masjid UMP

Saturday 25 May 2013

Candy Crush Saga


Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam dah lama tak update kat blog. Macam mana nak update, jengah blog sendiri pun jarang2 sekali. Hehe.. Gedik kan?

Hurm, kali ni tak mau lah jadi skema sangat.. Nak cerita pasal perkembangan semasa pulak lah. Pasal ape yang tengah dok 'hot' sekarang ni. Hehe~

Rasa macam ramai dah tau pasal Candy Crush Saga kan? Hurm, rasa macam ramai yang main. Yelah, bosan lah dok facebook tuh saja2, bukak lah candy crush nih, dapat jugaklah hilangkan boring tuh..
Yang paling best lagi, game candy crush nih bukan setakat boleh main kat facebook ja, Sape2 yang ada android tu boleh ngat aih kalau nak download apps Candy Crush Saga ni kat Play Store tuh haa...

Aku pun yang ketinggalan zaman sangat, cuba lah nak main benda alah ni. Mula2 nak main untuk suka2 ja.. <Sangat lah kan>.. Last sekali, dok ketagih pulak dengan game nih..

Kalau sape yang taktau tu, game ni cara nak main dia, Die kena 'match'kan colour <3 or lebih>.. Buat sampai semua jelly tu abih lah.. ade tu, kena buat semua buah buahan turun. Tapi, make sure, score kita pun kena cukup lah jugak, baru boleh ke next level. Nak main game nih, dia main ikut nyawa, dalam 20 minit camtu kita boleh gain 1 nyawa sampai lah nyawa kita full <5 nyawa>.. Nak request nyawa dari kawan kita pun boleh.. Untuk ke next episode pulak, die kena pakai tiket, haa, tiket ni laa kita kena request kat kawan kita yang main candy crush jugak.. Baguihnya game nih, kita boleh jugak mengeratkan hubungan silaturahim sesama kengkawan kita kat facebook tuh.. selama nih tak kenai, tetibe dok request2, leh kenai kan? heee~


























Sekian saja, Trimas kepada yang sudi membaca =)

Friday 12 April 2013

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong

Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasulullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberikan 100 ganjaran pahala mati syahid, sedangkan 1 pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur selain dari cara nabi saw, dia hanya akan mendapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. Hehe


Antara sunnah Nabi saw sebelum, ketika, dan selepas tidur ::
Sebelum dan selepas tidur, baca doa tidur. Ramai yang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.
Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-KAfirunn) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismilahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismilahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terhindar dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, dari kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut.
Niat untuk bangun tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik baik pelindung dari sihir dan buatan orang.
Ambil wudhu' sebelum tidur dan solat sunat taubat 2 rakaat. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur, boleh buka fail semula kalau mahu. :P
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.



Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek dan pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar, benih yang masuk bercampur dengan benih benih Syaitan/Jin. Jadi, jangan marah kalau anak-anak ikut perangai 'bapa-bapa angkat' mereka ketika kita bersetubuh dulu. (^_^)

Imam Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi saw telah bersabda : "Jika salah seorang daripada kamu rasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk, berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Monday 21 January 2013

Muhasabah Diri



Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.

Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat. Betulkan?

Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?

Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]

Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca post ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperi biasa. Kata sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan !

Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-ungkit kebaikan yang telah kita lakukan !

Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan.

Bagi muslim sebenar, kita kena renung dan pikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.



Sunday 6 January 2013

sEaNdAiNyA DiA MiLiKkU


'Bingkisan Doa.' 

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

Friday 4 January 2013

Masyarakat Kita ==''



          Tidak kira di peringkat golongan mana sekalipun, daripada golongan atasan hinggalah golongan masyarakat umum. Budaya ini sebenarnya, telah mendedahkan lagi kelemahan diri di mata orang lain, bahkan akan dibenci oleh orang di sekeliling kita.
Beberapa isu yang timbul kebelakangan ini, menjelaskan lagi budaya ini dan yang ketara, ia melibatkan orang melayu, dengan tersiar di dada akhbar harian atau tabloid. Budaya ini sebenarnya telah menggalakkan fitnah, hasad dengki, adu domba dan lain-lain sifat yang keji. Perkara-perkara ini adalah punca ke-fasadan (kerosakan) dan perpecahan di kalangan kita. Sedangkan kita ketahui larangan Allah SWT sangat jelas didalam Al Quran :
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik Kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."  (Surah Al Hujuraat : 12)
 
        Jelas di dalam ayat ini larangan Allah terutamanya terhadap sangkaan-sangkaan atau tuduhan yang tidak berasas, membahayakan atau menyusahkan orang lain. Lantaran, kita sebagai umat yang sedar, wajar untuk menghapuskan budaya bobrok ini di dalam masyarakat kita, atau kelak masyarakat Islam kita hancur dan musnah hasil perbuatan tangan kita sendiri.
 
        Sedarilah hakikat kelemahan kita, jangan berpaling dari kekurangan yang ada. Jalan penyelesaiannya ialah dengan mempertingkatkan amalan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada, nescaya umat yang berkualiti akan dapat dijelmakan. Turuti langkah para sahabat mempertingkatkan kualiti diri, pasti diredhai dan direstui Allah SWT.