welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Wednesday 19 September 2012

Zaman Fitnah?

Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas org lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah s.w.t..

Demikian syirik, kufur, bidaah, maksiat, pembunuhan, ketidaktenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah.

Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang amat memeritkan. Sehingga kadangkala insan akan terpinga pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul. Nabi s.a.w. dalam banyak hadis-hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup.

Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah s.w.t. dengan empat perkara iaitu "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ~> Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyat) sebelum memberi salam.

Banyak bacaan-bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dapat dipelajari. Antara yang indah itu ialah apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut : (maksudnya) "Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata:- Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa Engkau kehendaki ke jalan yang lurus". (Riwayat Muslim)

Demikian doa yang seperti ini - dengan keindahan bahasa arabnya - menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih banyak nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya. Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah.

Sabda Rasululullah s.a.w. yang bermaksud "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah".


Sumber : Sahabat Masjid UMP (SAHAM)