welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Friday 25 May 2012

kEcEw@ L@Gi

memang lah ujian itu tanda Allah ingat kita. tapi, kenapa kali ini terlampau berat ujian yang terpaksa aku tempuhi? aku sudah tidak mampu menanggungnya sendirian. sampai bila aku perlu menitiskan air mata?mudahlah bagi orang lain untuk menyuruh bersabar. tapi, tahukah mereka apa yang sebenar aku lalui??


aku demam. kepala aku terasa amat sakit. disebabkan ini minggu terakhir perkuliahan, terpaksa lah aku gagahi jua perjalanan untuk ke kelas pada pagi itu.


kelas organic chemistry. aku pergi tempat biasa, meja tengah. tiba tiba Tira datang. aku belom duduk. aku tengok dia duduk jugak dekat meja tu macam tak kisah aku duduk kat meja yang sama. aku tersenyum kegembiraan kerana kufikir kali ini aku masih ada peluang untuk kembali memulihkan keadaan kami. baru sekejap aku melabuhkan punggung di kerusi, Tira bangun lalu pindah ke meja belakang. bayangkan apa perasaan aku? hati aku menangis. tapi, tak siapa yang tahu!




tak cukup dengan itu, selepas kelas Calculus di blok Y-DK-01, aku panggil Tira nak bagi soalan assignment Calculus yang aku photostatkan untuk dia. tapi, dia langsung tak pedulikan aku. masa dia lalu sebelah aku, akhirnya dia ambil juga soalan tersebut. aku cuma kecewa dengan Tira. riak muka dia memang menunjukkan yang dia sangat benci kepada aku. dia memang sudah tidak sanggup melihat muka aku lagi.


perasaan putus asa datang secara tiba tiba. apa yang aku fikirkan?? aku memberontak "arghh...! Tira benci aku! aku dah malas nak usaha berbaik dengan dia! aku benci Tira! aku benci Tira kerana bencikan aku! aku takkan maafkan dia! Tira takde perasaan! Tira tak pernah tahu, aku menangis hampir setiap hari kerana dia! Tira memang takde perasaan!" 


sampai bila aku perlu terus begini?sampai bila aku akan terus terjatuh?? sampai bila aku akan terus menangis lagi?? apa lagi yang Tira mahu aku lakukan?? dia masih tidak nampakkah keikhlasan yang aku tunjukkan? sampai bila kau nak seksa hati aku Tira?????


.....KHAIRUNNISA SYAFIKA 
         RINDUKAN 
       NUR ATHIRAH.....


astaghfirullahazim... aku mengucap panjang. sebenarnya semua ini bukan salah Tira. tapi, salah aku yang memulakan segalanya. aku menjadi benci pada diri aku sendiri. aku mula merasakan, dulu aku sudah membuat pilihan yang salah. jikalau beginilah, AKU LEBIH PREFER TERLANTAR DI HOSPITAL DARIPADA MEMILIH UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI JIKA INILAH YANG AKAN BERLAKU! walaupun, memasuki universiti adalah impian aku sejak kecil. 


pergaduhan dengan sahabat baik aku kali ini sudah betul-betul meranapkan impian aku untuk teruskan pembelajaran di universiti. aku kecewa dengan diri sendiri. aku merasakan akulah manusia yang paling tidak berguna. kawan yang paling teruk! anak yang paling tidak boleh diharap! 

No comments: