welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Friday 6 December 2013

Teka Teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(teka teki)


#Teka Teki 1

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini?

Murid 1 : Orang tua.
Murid 2 : Guru.
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum Kerabat.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah Ali Imran: 185)


#Teka Teki 2

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita didunia ini?

Murid 1 : Negeri China.
Murid 2 : Bulan.
Murid 3 : Matahari.
Murid 4 : Bintang-bintang.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


#Teka Teki 3

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Murid 1 : Gunung.
Murid 2 : Matahari.
Murid 3 : Bumi.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU.

(Surah al-A'raf : 179) . Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke Neraka.


#Teka Teki 4

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 : Baja.
Murid 2: Besi.
Murid 3 : Gajah.

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi, manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak manusia masuk ke Neraka kerana gagal memegang amanah.


#Teka Teki 5

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan didunia ini?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar. Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


#Teka Teki 6

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang.

Imam Ghazali : Itu benar. Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.