welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Saturday 5 July 2014

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh



Assalamualaikum wbt.
Disini ada sedikit perkongsian dengan tips awal untuk bertudung labuh. Marilah sama2 kita amalkan, semoga suatu hari nanti insyaAllah kita akan berjaya. :)

 
1) Mulakan dengan memakai stokin ...kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah....

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahitaala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai TudungTurki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. (kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudahkan? ) ^^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)
♥ MOGA ALLAH REDHA ♥

Tuesday 24 June 2014

LELAKI - Dulu vs Sekarang



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
Srikandi,
Damsyik, Syria

* Dipetik dari novel ‘Syabab Musafir Kasih’
Karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Wednesday 21 May 2014

9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki



Assalamualaikum wbt..

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup.Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya.Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri.


Wanita dunia ketika MEMASUKI SYURGA akan mampu MENGALAHKAN KEJELITAAN para bidadari syurga..siapakah WANITA DUNIA ITU? Mereka adalah WANITA SOLEHAH..
Aisyah r.a berkata :
"Wanita-wanita solehah akan berkata kepada bidadari syurga..kami MELAKUKAN SOLAT sedangkan kamu tidak, kami BERPUASA sedangkan kamu tidak..kami BERSEDEKAH sedangkan kamu tidak, kami WANITA SOLEHAH DI DUNIA mengalahkan bidadari syurga.."
Inilah yang menyebabkan bidadari pun cemburu, dunia adalah PERHIASAN dan SEBAIK BAIK PERHIASAN ialah wanita solehah..di dunia lagi bidadari MENCEMBURUI KESOLEHANNYA dan di akhirat bidadari SUDI MENJADI KHADAMNYA..

p/s : Wanita solehah adalah WANITA TERBILANG..hatinya sentiasa TABAH DAN CEKAL, sifat-sifat MAHMUDAH sentiasa menghiasi dirinya..nur muslimah terpancar pada RAUT WAJAHNYA, ALLAH dan RASULULLAH sentiasa DITAATI..IBUBAPA sentiasa di hormati, sentiasa BERISTIQAMAH dalam hati..AL-QURAN dan AS SUNNAH menjadi pedoman dan ikutan..bidadari syurga amat mencemburui mereka, bidadari TUNDUK kepada mereka..INDAHNYA menjadi wanita solehah.................
:: BIDADARI itu rupanya ADA DI BUMI :

#Copy_Paste#

Saturday 17 May 2014

Anak Derhaka : Tanggang Zaman Moden



Assalamualaikum wbt.
 
Bismillahirrahmanirrahim.............................
Sesungguhnya dosa derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam dosa besar iaitu Sebaris dengan dosa menyekutukan Allah, membunuh manusia dan menjadi saksi palsu.

Anak yang tidak menghormati dan berbakti kepada kedua orang tua adalah anak yang derhaka yang selayaknya menerima balasan daripada Allah. Daripada hadis yg diriwayatkan Tabrani.
"Dan (kejahatan) yg akan dibalas Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada ke2 org tua."

Banyak contoh menunjukkan pengajaran dan azab derita yg ditanggung jika menderhaka kepada org tua di dunia ini. Ia mungkin datang dalam keadaan seseorang itu ditimpa penyakit, gagal dalam pekerjaan, atau nafkah serta keadaan hidup mereka tidak tenang. Muslim meriwayatkan Drpd Abu Hurairah, Nabi Bersabda yg bermaksud.......
"Celakalah! Celakalah! Celakalah! orang2 yg mendapati kedua orang tuanya @ salah satunya hingga sampai usia mereka namun dia tidak berbakti kepada mereka.."

Masyarakat Kita juga mempunyai cerita tersendiri yg mengaitkan penderhakaan anak terhadap org tuanya. Kisah Tanggang yg disumpah menjadi batu cukup memberi kesan kpd kita.
Namun, Tanggang SeKArAnG lebih mendukacitakan kerana bukan lagi mulut melafazkan kata2 kesat, tapi mereka juga sanggup memukul org tua mereka. Cerita Tanggang disumpah menjadi batu seakan2 gagal menginsafkan pada zaman sekarang.

Ustazah Azini Mansor menceritakan kisah seorang anak PEREMPUAN yang sanggup menderhaka kepada ibunya kerana ditegur bermain handphone hingga lewat malam. "Ibunya tidak senang melihat perilaku anaknya itu menegur beberapa kali sebelum merampas handphonenya. Selepas mendapati handphonenya rosak, anak perempuan itu hilang pertimbangan hingga tergamak mencekik ibunya..."  katanya......

Apa sudah jadi? Anak lebih sayangkan hp berbanding mak bapak sendiri? Kemana pergi budaya hormat menghormati yg cukup dekat dgn masyarakat kita?
 Kisah tersebut menjelaskan betapa dasyatnya Tanggang zaman sekarang apabila anak muda bagaikan hilang pedoman dan bersikap hati batu terhadap ibu bapa.

Semoga saja "KITA" bukanlah terkategori seperti di atas.....