welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Wednesday, 30 May 2012

Sil@p




Sekali kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik sekalipun, tetap akan meninggalkan kesan.

Aku yang silap. Aku buat sesuatu tanpa fikir akan kesannya. Aku terlampau ikutkan perasaan marah aku. Aku tidak pernah kenal erti sabar.

Menyesal kemudian tidak berguna. Walau macam mana rindu sekalipun aku kat Tira, dia tetap takkan maafkan aku terhadap silap aku dulu. Kalau dia maaf sekalipun, mungkin dia tidak akan lupa apa yang aku sudah buat pada dia.

Aku mintak maaf. Aku tak mampu berhenti fikirkan Tira. Walaupun sebelum ni aku pernah bagitau aku takkan lagi sebut pasal Tira. Tapi, aku tak mampu halang hati aku untuk teringat kat Tira. Walau aku menjauh macam mana sekalipun, semua orang disekililing aku bagaikan tidak mahu aku berhenti dari fikirkan Tira. Mereka terusan2 bercakap tentang Tira dihadapan aku.


Monday, 28 May 2012

PaNas~~>HuJan

Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hujan best la. Sejuk. Best nak tido. Hehe

Taknak mengarut lebih2. But, this idiom really suits me.  Pagi tadi aku terasa sangat tertekan dengan keadaan. Masalah assignment berlambak dimana aku yang kena uruskan semua. Daripada assignment calculus yang diorang semua tak tau buat, sehinggalah assignment Thermodynamics yang aku kena wat sorang2.

Tengahari hujan ke kat UMP? Tak lah. Cuma, bagi aku, maksud peribahasa ni, hujan ditengahari adalah suatu yang memberikan makna yang amat mendalam bagi aku. Hujan kat satu Rahmat. Tengahari tadi aku keluar makan dekat kafe. Tetiba saja terserempak dengan Tira. Aku hanya mampu tersenyum. Tapi, Tira senyum dekat aku balik. Dan kali ni, dia respon pada soalan aku really well. Terasa dunia aku dikelilingi taman yang sangat indah pada masa itu. Terima kasih Tira!

Petang pulak, aku yang terpaksa buat assignment Thermodynamics sorang2 dah nak pecah kepala fikir. Mintak la pinjam dengan Halim. Nasib baik la Halim tu sangat baik. Dia yang bagi pinjam kat aku. Boleh lah jugak buat.

Jumpa madam Syarifah, terkantoi pulak meniru. Tapi, aku jujur la kat madam aku yang tiru Halim. Bukan Halim yang tiru aku. Aku cakap aku betul2 dah tak boleh fikir sebab aku buat sorang2. Nasib baik madam faham. Madam Syarifah sangat baik

Sunday, 27 May 2012

eSAiNmeNt

ade 2 assignment yang nak kena hantar harini. thermodynamics dan jugak Calculus... tapi satu apa pun tak buat lagi. budak group aku pulak main lepas tangan macam tu je. Calculus... mula bagi alasan takde kat UMP. ok fine, aku boleh la terima. lepastu, tak lama kemudian hantar mecej tak boleh buat pulak. lepas tu senyap macam tu je. dulu ada gak Tira yang tolong2 kalau aku sorang2 buat assignment. dia akan teman aku jumpa lecturer. teringat... sedih.. :'(


Assignment thermo pulak, punya la susah. aku tengok pun tak tau nak mula macam mana. At least nak la jugak jawapan akhir. nak tau betul ke salah. apa guna kerah otak kalau last2 dapat tau salah. boleh je aku nak cuba. tapi, tula.. takut salah. aku dahlah tak pandai sangat thermo. budak group aku senyap pulak. terpaksa la aku usaha pinjam group lain. terpaksa la timbul unsur plagiarism disitu ye. maafkan saya ye madam.

Friday, 25 May 2012

SaMa tP bErbeZa

~jom layan lagu ni sambil baca~

Tira.....Azizi.... Mereka sama.


Mereka sama... kedua-dua insan ini adalah insan yang aku amat sayang dulu. bahkan, perasaan sayang itu masih terkesan di hati ini sehingga sekarang. sayang yang teramat sangat, sayang pada mereka mengatasi segalanya.


Mereka sama... dulu kami saling berjanji takkan meninggalkan dan ditinggalkan. untuk sentiasa bersama walau apa juga keadaannya.


Mereka sama... mereka berdua tinggalkan aku dalam keadaan hati aku hancur berkecai sehingga tak dapat nak dibaiki lagi. kalau masih boleh dibaiki sekalipun, kondisinya akan menjadi sangat buruk.


Apa yang berbeza??.. Azizi, lelaki yang meninggalkan aku kerana perempuan lain walaupun aku dah 100% setia padanya. Dia yang mengajar aku untuk jadi playgirl suatu ketika dahulu. Tira, sahabat baik yang meninggalkan aku hanya kerana salah faham kecil yang dibesarkan dan kerana keegoan masing-masing dan silap aku sendiri yang terlalu memaksa untuk kembali memulihkan keadaan. Tira mengajar aku untuk kembali menjadi seorang yang pendiam seperti di sekolah dahulu.


*nasib aku dirundung malang sederas gelombang menghempas ke pantai. Tiada esok lagi... Kelam masa depan...cuma hidup ini sudah tidak beerti*


#insyaAllah ini last aku post pasal Tira kat blog aku. kalau betul itulah keputusan dia. untuk menjauhkan diri dari aku. termalu sendiri pabila mengenangkan hanya aku yang merayu2.. seperti aku sangat terdesak.. fikirkan dia hanya akan buat aku menangis terbayangkan wajahnya yang sudah benci melihat diriku yang hina ini...

s@h@b@t terb@ik





Tira.. awal semester satu kita kenal. bermula dengan kelas TITAS. kau tegur aku then tanya, kita sama kelas ke? lepas tu kita cek jadual masing-masing. memang jadual kita sama. sama dengan Najihah, sama dengan Apek.


Pada awalnya,  kita takdela serapat sebelum kita ada masalah. jumpa pulak time kelas saja. dalam kelas lah kita memulakan perkenalan. yang semakin lama menjadi semakin rapat.


Ingat lagi tak? masa kita beratur untuk PTPTN? kau kat depan aku kan? dengan Izzah, roomate kau. memang masa tu kau rapat dengan roomate kau pun. dan aku rapat dengan roomate aku masa tu. masa tu kita tak banyak bercakap. memang aku akui, aku memang jenis susah nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal.


pertengahan semester 1, kita mulai rapat. masalah aku, kau tahu. masalah kau, aku tahu. even sehinggakan masa kau ada masalah, tapi kau tak cerita kat aku pun memang aku dapat rasa yang kau ada masalah yang tak boleh nak dikongsikan. aku faham.


Masa kita rapat dulu. kau ingat tak, kita selalu makan sama-sama, study sama-sama, outing sama-sama, jalan-jalan sama-sama, menyanyi sama-sama, menari sama-sama. aku simpan lagi video tu. selalu tengok tiap kali rindukan kenangan kita.


Masa kita rapat dulu, ingat lagi tak janji kita bersama? kau janji dengan aku, kau nak bawak aku balik kampung kau. nanti kita nak mandi sungai sama-sama. aku rasa sangat seronok sebab aku tak pernah mandi sungai. selain tu, ingat tak kita janji nak bukak bisnes sama-sama? even lepas kawin, kita janji nak rumah dekat-dekat kan? supaya senang nak pergi shopping sama-sama nanti.. ^,^


kau lukis gambar kartun kita berdua dengan label "TIRA-NISA-FRIENDS FOREVER" dan aku upload kat facebook, tagged, skype.. hampir semua tempat la aku upload gambar kita. nak tahu kenapa, sebab masa tu pun aku dah rasa aku sayangkan persahabatan kita. aku nak simpan persahabatan kita dalam hati.


ingat double date kita kat Shah Alam? memang satu pengalaman yang luar biasa kan? kau nak tahu Tira, dengan kau jela aku dapat rasa semua tu. kalau dengan orang lain, memang takkan dapat la. kau ingat tak, kau pernah cakap, aku ajar kau tido lambat? takpe, tu kan salah satu kenangan persahabatan kita.


Tapi kan Tira, disebabkan kebodohan aku, ketidakmatangan aku, kita jadi macam ni. aku mengaku semua salah aku. aku tahu kau lah sahabat terbaik yang aku pernah ada. kau baik sangat dekat aku. tak mungkin lah kau yang salah. aku yang memulakan pergaduhan. aku mulai sedar, tak salah kalau dulu aku mengalah. tak salah aku bersabar dengan permintaan kau dulu. "nak rapat memang makan masa"


aku Rindukan kau Tira. betul-betul rindukan kau. aku tak sanggup dah kau macam ni lagi. aku cuma mintak satu je, maafkan aku. jangan la benci aku. aku betul-betul merayu dekat kau Tira. tegurlah aku balik. janganlah terus memasamkan muka dengan aku.


LOOK HERE, NUR ATHIRAH MOHD KHALIL, AKU KHAIRUNNISA SYAFIKA ABDUL RANI BETUL-BETUL MINTAK MAAF DEKAT KAU SEIKHLAS HATI AKU. AKU MENGAKUI SILAP AKU DULU. AKU BETUL-BETUL MENYESAL SEKARANG. MAAFKAN AKU TIRA......