welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Monday, 21 May 2012

Hari Perpaduan Kenshido Sdn Bhd

Mahu Mesti Mampu... Tula yang mesti selalu disematkan dalam hati.. jangan sempitkan impian dek kerana pendapatan yang kecil atau dengan kata yang lebih mudah "tak ada duit.."


pertama kali aku attend majlis yang sangat grand macam ni. memang sangat ramai manusia kat dalam stadium ni. that make me thought, yes! memang betul dah apa yang aku buat ni. rugi besar orang yang tolak apa yang kami ingin kongsikan ini!

kat sini dapat jumpa orang yang betul2 kaya dan tak berlagak. bukan macam orang tu yang kaya tak seberapa, kawan pun dengan orang kaya. tapi, talam dua muka. suka menindas orang yang miskin macam aku. dengan roomate sendiri pun nak cari masalah! astaghfirullahalazim... tetiba termarah pulak. maaf, aku hanya manusia biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa...!


one more thing. aku dah pandai jadi mamarazi sekarang! haha! Tira kan memang taknak aku tangkap gamba dia. tapi, aku peduli apa! aku nak jugak dia ada dalam kamera aku. biarlah dia taknak aku ada dalam kamera dia sekalipun, gambar dia aku nak jadikan memori gak.

cuba cari dia dalam ni.. haha Jahatkan aku?!
 satu lagi benda yang buat aku happy! tetiba aku jadi femes sekejap dekat sini. kameraman zoom muka aku then keluar kat skrin besar! haha! malu pun ada bila budak2 Edata Kuantan, duk bersorak pulak bila muka aku dekat skrin besar. haha! seronok!

Sunday, 20 May 2012

Kecewa

kekecewaan di hati hanya Allah yang tahu.

pagi yang begitu indah... kami semua sudah berkumpul di bus stop 1 Malaysia 1 UMP seawal jam 4 pagi untuk bergerak ke stadium melawati shah alam. seramai 18 orang.

sampai je aku kat bus stop, aku nak pegi depan Tira. kalau boleh aku nak buat biasa depan dia. tapi, belom sempat aku sampai, dia dah gerak pegi sebelah sana. hatiku sangat kecewa. tengok dia mesra dengan Isma. aku jeles! hati aku memberontak, aku nak jugak rapat dengan Tira balik!!

tepat pukul 9 pagi. kami semua sampai di hentian gombak untuk berhenti rehat dan makan. sesudah makan, aku nampak Tira bersama kawan2 yang lain. aku pergi ke sana. aku nak ambil gambar, ingat Tira nak masuk sekali. tapi sayang, dia memang taknak aku tangkap gambar dia. 

aku nampak dia berseorangan. dia gerak pergi jauh dari tempat kitaorang. then, apa yang aku fikir, ni la peluang terbaik untuk aku tegur dia balik. untuk aku face to face dengan dia. <betapa rindunya aku nak lepak dengan dia>

slowly, aku gerak pergi tempat dia. belom sempat aku sampai, dia mula bergerak pergi makin jauh dari aku. hancur hati aku tak terkira. apa salah ke aku nak berbaik. tanpa sedar, air mata aku mengalir dalam kereta. malunya pada kakak dari UIA yang lain. nasib baik abg syafiq tak tengok. tetiba aku terfikir betapa hinanya diri aku. betapa berdosanya diri aku sampai Tira taknak jumpa aku macam tu sekali.

Lely pernah cakap, aku dah minta maaf. cukup la tu. biarlah kalau dia taknak tegur. tapi aku degil. aku cakap dekat Hajar yang aku sangat rindukan Tira. Hajar cakap, jangan la putus asa. tegur la dia lagi. cuba mecej dia tiap2 ari cakap rindukan dia. jangan nak mecej serius sangat. InsyaAllah aku akan ikut. tak kira kalau dapat mecej nak putus kawan lagi drpda dia lepas ni. tak kira. aku tetap tak kan putus asa. nak dia tahu, aku taknak hilang dia sebagai kawan aku.

Thursday, 17 May 2012

Teacher's Day - the best moment ever

orang cakap, kalau sedih, jangan dilayan. kalau dilayan nanti makin mengada pulak. makin sedih jadinya. betul la tu. sebab tu aku try kuatkan diri.

pagi ade program konvokesyen khas Tun Dr Mahathir kat UMP. balik dari program tu, kena 'settle'kan pulak assignment organic. kena buat slide, kena attach slide group member yang lain, kena burn slide to disc, kena print slide and lastly kena hantar pulak dekat central lab kat UMP. dah la pukul 3 petang ade kelas. fuhh, what a busy life. it's ok! at least takdela aku duduk termenung fikirkan masalah je kan. asyik duduk fikirkan Tira je.

ingat malas nak pegi kelas dah. tapi, technical english kot. rasa sayang pulak kalau tak pegi. and, unpredictable, today is the best day ever la. kitaorang celebrate mother's & teacher's for our beloved teacher, madam Ruhil Amal. seronok dapat makan kek! serius, lupa segala kesedihan.




cantik kan madam ruhil?? kami semua sangat sayangkan dia. dia la satu2nya lecturer yang kitaorang paling rapat. dah jadi macam mak kepada kami. <3

Me & Her

hatiku sunyi...hanya kerinduan yang mendalam padamu, duhai sahabatku...
saat aku hanya sanggup menitiskan airmata,
saat aku hanya sanggup diam terkatub,
aku telah menahan rindu ini sahabat...
bilakah kitakan bersua??

hatiku menangis sayu bila teringatkan Athirah. aku tahu dia bahagia walau tanpaku sekarang. aku sentiasa ambil berat pasal dia tanpa dia sedar. maafkan aku tira. aku tak berniat nak menipu kau. sengaja aku cipta profile fb yang lain semata2 untuk tahu keadaan kau.

apa yang aku dapat lihat, kau memang bahagia tanpa aku sekarang.syukur Alhamdulillah. tidak mengapa jika hatiku bersedih. paling tidak pun,aku mampu tersenyum melihat kau bahagia. aku sedar sekarang, kehadiran aku dulu hanya mampu menambahkan duka buat kau. maafkan aku.

P/S ::: aku risau tatkala kau lambat datang Test Calculus tadi. aku nak call kau. tapi, lecturer dah bagi warning off fon. jujur & ikhlas aku cakap, aku memang risau sangat. 

salam RINDU,
  ~NISA~   

Wednesday, 16 May 2012

Rindu

betul la kata orang. kita tak leh genggam sesuatu tu terlampau erat. nanti pecah kat tangan sendiri.

aku terlampau sayangkan Tira dulu. sampai nak kemana saja mesti aku takkan lupakan dia. kami sangat rapat dulu. makan sama2, study sama2, kelas pun sama, tidur pun sama2, cik abang pun sama2 org shah alam, cita2 pun nak bukak bisnes sama2, nanti dah habis belajar nak rumah dekat. boleh dikatakan hampir semua nak sama2 la.
 tu la kan. bila dah genggam terlampau erat, macam ni pulak jadinya. dia langsung dah tak nak pandang aku sekarang. yela, maybe salah aku. aku selalu mintak maaf kat dia. aku terlampau berusaha nak rapat dengan dia balik. aku terlampau memaksa.

nak tau kenapa?? sebab aku takut kehilangan Tira. dialah satu2nya kawan baik yang sangat rapat dengan aku dulu. aku dah takde rapat dengan orang lain selain dia dulu. sekarang bila dah jadi macam ni, aku betul2 keseorangan. hanya kerinduan yang bertamu dihati.

aku cuma nak dia tahu, aku sayangkan dia. aku taknak menangis depan dia. teringat.... kelas organic, aku duduk tempat biasa, ingat dia nak duduk sekali, tapi, dia taknak. dia duduk belakang sekali. aku mengalah, tidak mengapa kalau aku takde kawan, yang penting dia tak kesunyian. aku duduk depan sekali. barulah dia datang tempat biasa kami duduk. baguslah. 


Tira, aku nak kau tau, aku rindukan kau sangat. tiap2 hari aku berdoa, kita boleh rapat balik. tu je yang dapat buat aku happy sekarang ni. kalau satu UMP ni nak benci aku, aku tak kisah. yang penting aku dengan kau boleh rapat balik. :'(