"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" - Surah al-Ahzab : 21
Pada entri kali ni, saya nak kongsikan beberapa kisah Rasulullah yang boleh kita ambil dan jadikan pengajaran dalam kehidupan sehari-hari kita. InshaaAllah. ツ
1) Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga
memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah
menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan
rumahtangga..
3) Jika mendengar azan, beliau
cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
4) Pernah baginda pulang pada waktu
pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun
yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira
adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa
wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari
ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah
tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur,
'Mengapa engkau memukul isterimu?Lantas soalan itu dijawab dengan agak
gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil
juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.
w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik
lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.'
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi
imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup
seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu
sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung
bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah
tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa
setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi
bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh
cemas.... Akhirnya Rasulullah mengangkat
jubahnya.Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan
dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar
baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.
Ya Rasulullah! Adakah bila tuan
menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat
tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu,
apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?''Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung
sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain
rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang
dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap
ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ke tuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari
ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
11) Pintu Syurga telah terbuka
seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi
malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran
kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu
menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini
hanyalah seorang hamba?Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang
bersyukur.'
Ya. Sungguh mulia Rasulullah SAW. Marilah kita sama2 contohi sifat mulia baginda ini. InshaaAllah, kita akan dapat ganjaran daripada Allah diatas setiap perbuatan kita.
Sekian saja daripada saya. ツ
No comments:
Post a Comment