welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Monday 4 June 2012

PTPTN

PTPTN... ada kebaikan ada keburukan... 


Apa lagi yang mesti dipertikaikan?? Elok sangat kah parti politik bergaduh bagai.. bukan kah dah bagi imej negatif parti politik pada pandangan masyarakat.. 


apa kebaikan PTPTN?? tanpa PTPTN macam mana pelajar miskin macam aku nak bayar yuran??mana mak aku nak cari duit bayar yuran yang mencecah dua ribu ringgit setiap sem.. kalau betul yuran percuma sekalipun, duit belanja harian aku, siapa yang nak tanggung?? makan minum keluarga aku kat kampung pun masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. aku bukan orang kaya.. tak fikir ke kalau PTPTN dimansuhkan, ada orang miskin jadi pencuri, perompak dan seumpamanya semata2 nak masuk universiti.. malah, mungkin akan ada yang tolak peluang belajar dengan alasan tak ada duit.. sampai bila negara nak maju kalau situasi ni yang berlaku?? 
kalau digantikan dengan biasiswa sekalipun, bukankah ia lebih memudaratkan?? pelajar akan merasa mewah dengan wang yang diterima.. dia tidak perlu membayar satu sen pun duit yang diterima dan ini akan menyebabkan pelajar 'enjoy' lebih.. shopping sana, shopping sini, enjoy sana, enjoy sini.. itukah yang dimahukan?? aku tidak menceritakan tentang pelajar lain.. benda ini juga akan berlaku pada diri aku sekiranya aku mendapat wang percuma semata2 tanpa perlu berusaha..


apa keburukan PTPTN?? keburukan PTPTN ialah caj 1% tersebut.. itu membebankan kami.. sudahlah hutang PTPTN yang terlampau tinggi.. angka terlampau besar, ditambah pula dengan terpaksa  bayar caj 1%.. hutang tersebut terpaksa dibayar sebaik saja kami keluar daripada universiti.. tidak terfikirkah, berapa graduan diluar sana yang masih belom mendapat kerja?? sampai tua kami akan masih dibelenggu hutang PTPTN.. apa lagi yang buruknya tentang PTPTN?? PTPTN menggalakkan riba.. dalam Islam, Riba itu Haram.. kami tidak mahu terlibat dengan benda haram.. tapi, kami terpaksa juga terima PTPTN sebab tiada sumber kewangan lain lagi yang dapat membantu kami untuk meneruskan pembelajaran.. mahu saja kami menolak PTPTN, tapi mampukah kami mencapai impian kami sekiranya harapan kami hancur dek kerana masalah kewangan..
Menurut Islam, selagi termampu, elakkan benda haram tersebut.. tapi, kami tak berdaya... lebih2 aku yang hanyalah anak nelayan dengan sumber rezeki yang tidak menentu..


setiap benda yang berlaku ada kebaikan... ada keburukan... kesal dengan sikap pemerintah dan rakyat Malaysia sekarang yang berusaha untuk mencari kesalahan orang lain.. bermacam isu yang tak patut dipersoalkan mula ditimbulkan.. 


Ini hanya luahan hati aku.. aku tak suka orang bergaduh.. tambah2 bangsa aku sendiri.. memang aku taknak ambil tahu isu politik bagai.. tapi, benda tu yang sering aku lihat dan dengar membuatkan mata dan telinga aku sakit melihat anak bangsa aku bergaduh sesama sendiri tidak kiralah siapa puncanya.. tak tahu ke, bangsa lain kat luar sana sedang bergembira melihat kita bergaduh sesama sendiri..??

No comments: