welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Thursday, 17 April 2014

Fakta Menarik Tentang Lelaki Yang Perlu Diketahui Perempuan

Assalamualaikum wbt.
Disebabkan bosan (lah sangat dengan PSM lagi kan), so aku tertarik nak post pasal fakta menarik tentang lelaki yang mungkin agak 'predictable'. Entah betul ke idok. Baca dan cuba ler tanya boipren  laki anda sendiri, . Heheh

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona.(Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan.Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda.

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya.Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Monday, 14 April 2014

Wasiat Seorang Penakluk

Assalamualaikum wbt.

Isnin (14 April 2014) menandakan cuti pertengahan semester sudah berakhir bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang dan juga universiti2 yang sewaktu dengannya. Heheh. Kalau ditanya, apa aktiviti aku sepanjang cuti? Aku jawab, aku berjalan ke merata tempat, cameron, dan baru2 ni aku baru je pulang dari Istanbul. Ok fine, itu berangan. Ahahah.

  

Ya, itulah aktiviti aku waktu cuti. Novel kat atas dah lama aku beli. Cuma, iyelah, novel sejarah kan? Baca 1 muka surat, dah mula menguap. Ahaha. Sampai lah cuti haritu, makin lama aku baca, makin aku rasa seronok nak belajar sejarah Islam. Sehinggalah tiba di bab terakhir, helaian kedua terakhir (m/s 317), aku amat tertarik dengan wasiat terakhir yang ditinggalkan oleh baginda sultan Muhammad al-Fateh kepada puteranya, Beyazid. Lantas, aku ingin coretkan mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua, khalifah Allah swt dimuka bumi. Demikian wasiatnya,

"Ayahanda bakal menghadap Allah SWT. Sedikit pun ayahanda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini sudah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi sudah ada penggantinya. Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam sebab itu adalah kewajipan raja-raja Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan lain. Janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka  yang sering melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan penting. Hindari bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam.
Ayahanda berwasiat kepadamu anakanda, hormatilah ulama. Jangan sekali-kali mengusir mereka dari pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.
Kamu ambil pengajaran daripada perjalanan hidupku. Ayahanda dilahirkan ke dunia ini seperti semut kecil. Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahanda nikmat-Nya yang begitu besar. Bekerjalah kamu bagu meninggikan agama Allah. Jangan kamu boros membelanjakan harta negara dengan berfoya-foya ataupun bersenang-lenang ataupun kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu."

Sedikit info : Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun. Semoga Allah memberi keampunan, keredhaan serta melimpahkan rahmat-Nya kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Al-Fatihah.

Saturday, 15 February 2014

Sebarkan Salam

Assalamualaikum wbt. Entri kali pasal memberi dan menjawab salam. Jangan ambil mudah. Baca dan hayati. Selamat beramal.(^_^)

HIKMAH MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM

1. Nabi Muhammad saw pernah bersabda, "Demi Tuhan yang diriku didalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesra?" Para sahabat baginda menjawab, "Belum Wahai Rasulullah saw". Kemudian Rasulullah saw pun menerangkan : "Kembangkanlah memberi salam di antara kamu."
(Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

2. Tambahan daripada itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini dinyatakan didalam hadis, "Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali."
(Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

3. Begitu juta dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa sahabat handai sesama muslim antara mereka sebelum mereka berpisah. Ini dinyatakan didalam hadis, "Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah."
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)


PERKARA2 YANG DISUNATKAN UNTUK MEMBERI SALAM

Pertama - Ketika hendak masuk ke sesuatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya
Kedua - Ketika hendak masuk ke sesuatu rumah sekalipun rumah itu kosong.
Ketiga - Memberi salam kepada kanak-kanak.
Keempat - Memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.
Kelima - Menjawab salam orang menyampaikan salam melalui orang lain
Keenam - Berjabat tangan dengan saudaranya. Semasa berjabat tangan dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu disaat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya.



Ingat ye, memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib. Sekian. Assalamualaikum wbt

Thursday, 13 February 2014

Sedih - Kisah Anak Derhaka Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka

Assalamualaikum w.b.t.
Dah lama tak update blog. Takde idea actually. Heheh. Tapi sebab dah gian sangat nak update blog, so, kali ni mampu copy paste cerita yang saya rasa agak femes dan rasanya korang dah tahu kot. Maaflah kalau tak menarik. Huhu =(

Okay, let's begin the story....

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya disebuah masjid dalam kawasan Jengka baru-baru ini. Sekitar awal 90-an, seorang pemuda 30-an menjerit-jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan diserang histeria. Jirannya membawa lelaki ini bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.

Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar.. Berulang kali disuruh si ibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada si ibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira. Berselera dia berbuka puasa hari itu. 

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba-tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya, "Ustaz tahu daging apa yang saya beli?", Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. "Daging apa?" tanya ustaz kembali. "Saya beli daging babi ustaz, saya berdosa Ustaz", jawab pemuda itu. Ustaz tergamam tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30-an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagitau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia, pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tibanya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa-dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi bahawa malaikat berdoa, laknat Allah ke atas mereka yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.

Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hingga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belom tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Friday, 6 December 2013

Teka Teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(teka teki)


#Teka Teki 1

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini?

Murid 1 : Orang tua.
Murid 2 : Guru.
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum Kerabat.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah Ali Imran: 185)


#Teka Teki 2

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita didunia ini?

Murid 1 : Negeri China.
Murid 2 : Bulan.
Murid 3 : Matahari.
Murid 4 : Bintang-bintang.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


#Teka Teki 3

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Murid 1 : Gunung.
Murid 2 : Matahari.
Murid 3 : Bumi.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU.

(Surah al-A'raf : 179) . Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke Neraka.


#Teka Teki 4

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 : Baja.
Murid 2: Besi.
Murid 3 : Gajah.

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi, manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak manusia masuk ke Neraka kerana gagal memegang amanah.


#Teka Teki 5

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan didunia ini?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar. Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


#Teka Teki 6

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang.

Imam Ghazali : Itu benar. Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.