welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Saturday 15 February 2014

Sebarkan Salam

Assalamualaikum wbt. Entri kali pasal memberi dan menjawab salam. Jangan ambil mudah. Baca dan hayati. Selamat beramal.(^_^)

HIKMAH MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM

1. Nabi Muhammad saw pernah bersabda, "Demi Tuhan yang diriku didalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesra?" Para sahabat baginda menjawab, "Belum Wahai Rasulullah saw". Kemudian Rasulullah saw pun menerangkan : "Kembangkanlah memberi salam di antara kamu."
(Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

2. Tambahan daripada itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini dinyatakan didalam hadis, "Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali."
(Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

3. Begitu juta dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa sahabat handai sesama muslim antara mereka sebelum mereka berpisah. Ini dinyatakan didalam hadis, "Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah."
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)


PERKARA2 YANG DISUNATKAN UNTUK MEMBERI SALAM

Pertama - Ketika hendak masuk ke sesuatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya
Kedua - Ketika hendak masuk ke sesuatu rumah sekalipun rumah itu kosong.
Ketiga - Memberi salam kepada kanak-kanak.
Keempat - Memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.
Kelima - Menjawab salam orang menyampaikan salam melalui orang lain
Keenam - Berjabat tangan dengan saudaranya. Semasa berjabat tangan dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu disaat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya.



Ingat ye, memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib. Sekian. Assalamualaikum wbt

No comments: