welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Saturday, 15 February 2014

Sebarkan Salam

Assalamualaikum wbt. Entri kali pasal memberi dan menjawab salam. Jangan ambil mudah. Baca dan hayati. Selamat beramal.(^_^)

HIKMAH MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM

1. Nabi Muhammad saw pernah bersabda, "Demi Tuhan yang diriku didalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesra?" Para sahabat baginda menjawab, "Belum Wahai Rasulullah saw". Kemudian Rasulullah saw pun menerangkan : "Kembangkanlah memberi salam di antara kamu."
(Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

2. Tambahan daripada itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini dinyatakan didalam hadis, "Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali."
(Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

3. Begitu juta dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa sahabat handai sesama muslim antara mereka sebelum mereka berpisah. Ini dinyatakan didalam hadis, "Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah."
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)


PERKARA2 YANG DISUNATKAN UNTUK MEMBERI SALAM

Pertama - Ketika hendak masuk ke sesuatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya
Kedua - Ketika hendak masuk ke sesuatu rumah sekalipun rumah itu kosong.
Ketiga - Memberi salam kepada kanak-kanak.
Keempat - Memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.
Kelima - Menjawab salam orang menyampaikan salam melalui orang lain
Keenam - Berjabat tangan dengan saudaranya. Semasa berjabat tangan dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu disaat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya.



Ingat ye, memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib. Sekian. Assalamualaikum wbt

Thursday, 13 February 2014

Sedih - Kisah Anak Derhaka Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka

Assalamualaikum w.b.t.
Dah lama tak update blog. Takde idea actually. Heheh. Tapi sebab dah gian sangat nak update blog, so, kali ni mampu copy paste cerita yang saya rasa agak femes dan rasanya korang dah tahu kot. Maaflah kalau tak menarik. Huhu =(

Okay, let's begin the story....

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya disebuah masjid dalam kawasan Jengka baru-baru ini. Sekitar awal 90-an, seorang pemuda 30-an menjerit-jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan diserang histeria. Jirannya membawa lelaki ini bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.

Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar.. Berulang kali disuruh si ibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada si ibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira. Berselera dia berbuka puasa hari itu. 

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba-tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya, "Ustaz tahu daging apa yang saya beli?", Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. "Daging apa?" tanya ustaz kembali. "Saya beli daging babi ustaz, saya berdosa Ustaz", jawab pemuda itu. Ustaz tergamam tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30-an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagitau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia, pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tibanya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa-dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi bahawa malaikat berdoa, laknat Allah ke atas mereka yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.

Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hingga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belom tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Friday, 6 December 2013

Teka Teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(teka teki)


#Teka Teki 1

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini?

Murid 1 : Orang tua.
Murid 2 : Guru.
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum Kerabat.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah Ali Imran: 185)


#Teka Teki 2

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita didunia ini?

Murid 1 : Negeri China.
Murid 2 : Bulan.
Murid 3 : Matahari.
Murid 4 : Bintang-bintang.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


#Teka Teki 3

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Murid 1 : Gunung.
Murid 2 : Matahari.
Murid 3 : Bumi.

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU.

(Surah al-A'raf : 179) . Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke Neraka.


#Teka Teki 4

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?

Murid 1 : Baja.
Murid 2: Besi.
Murid 3 : Gajah.

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi, manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak manusia masuk ke Neraka kerana gagal memegang amanah.


#Teka Teki 5

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan didunia ini?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar. Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


#Teka Teki 6

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang.

Imam Ghazali : Itu benar. Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, 19 November 2013

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 )Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dans ebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental ataugila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. 
(tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah

diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Thursday, 5 September 2013

Kelebihan Ayat Kursi

Assalamualaikum w.b.t.

Hurm.. Sekarang duk kecoh pasal harga minyak naik 2 kupang. Tapi, aku heran jugak, nak naikkan minyak, nape tak naikkan gaji sekali eh. Paling kesian dekat rakyat yang berpendapatan rendah macam family aku jelah. But wait, now taknak cakap pasal minyak. Minyak naik ke, naik minyak ke, orang minyak naik minyak ke, lantaklahh. Bukan taknak peduli, malas nak bahaskan je.

Untuk harini, nak buat amal kebaikan sikit. Nak berkongsi ilmu. Bukan niat nak berlagak baik, tapi tak salah rasanya kongsi ilmu apa yang ada. Dapat pahala. Kan? Hehe

Okay.. Antara kelebihan ayat kursi adalah :

1. Bila kita baca ayat kursi sebelum keluar daripada rumah, 70 000 malaikat akan jaga kita dari semua sisi

2. Baca sebelum masuk rumah, in-sha Allah kemiskinan tidak akan masuk dalam rumah kita.

3. Kalau baca ayat kursi sebelum berwudhu pulak, darjat kita akan dinaikkan sebanyak 70 tingkat

4. Sebelum tidur, baca ayat kursi, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

5. Baca tiap kali lepas selesai solat, jarak antara kita dengan syurga hanyalah kematian.



Tu jelah yang aku tahu. Wallahualam. Sapa2 yang tau kelebihan ayat kursi selain yang diatas, boleh lah kalau nak share. Hurm, tak lama pun sebenarnya nak baca ayat kursi tu. Bukan panjang pun kan.

Tu jelah kot kali ni.
Terima kasih sebab sudi jenguk blog ni. (^_^)