Kalau sape yang ada baca tu, entri aku sebelum ni, aku ada update pasal lelaki. La ni nak update pasal perempuan pulak. Jom baca panduan ini, semoga bermanfaat
bukan sahaja buat lelaki, tetapi dapat dijadikan satu ingatan buat wanita agar
sentiasa berjalan dengan sopan santun dan lemah lembut. HeHeHe...
1. Jika berjalan, dari belakang
kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat,
konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser
dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga
terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau
suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja.Padahal, wang yang
dimilikinya itu masih banyak kegunaannya.Tapi jangan berkecil hati, kerana
wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke
kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai
menyimpan rahsia.Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur,
suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki
yang berusaha untuk menakluk hatinya.Konon wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita
seperti ini memiliki sifat yang tertutup.Ia hanya akan berbual dengan
orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya.Di samping
sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan
menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat
setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki
pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu
berselisih pendapat.Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual
dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan
dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang
sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang
ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan.Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini,
banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya
sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang
menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan
sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki
badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini
sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda
berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
No comments:
Post a Comment