welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Tuesday, 23 October 2012

White Belt Taekwondo Grading

Assalam... 

Kali ni nak cerita pasal aku punya grading taekwondo.. tak peduli lah korang nak tau ke tak.. kisah pulak aku kan.. haha :p

Haa..?? tak percaya aku masuk taekwondo... cehh,.. kecik bukan sebarang kecik tau tau... haha

Mase hari pendaftaran kelab haritu, saje la aku pergi jugak. niat asal sebab nak join kelab intelligentsia je... Hajar la yg sebok2 suruh aku masuk.. ntah aktif ke tidak aku nanti.. haha.. lastly, dia tarik aku pergi isi nama dekat kelab taekwondo itf.. TAPI.... dia tak aktif pun.. aku dengan Aini la yg bersemangat..

First training, jumaat malam.. tengok ramai jugak budak baru.. macam best je kan.. haha! tapi biase la, awal2 je... makin lama, makin kurang pulak yg datang training.. ni mesti gara2 first fitness haritu, sangat2 memenatkan... next fitness xdela berpeluh sgt pun... cuma, nak lenturkan badan tu yg susah... hurm ==''

once upon a day, kami punya senpai, safuan mintak dengan sir nak upgrading. tapi, bukan under club. means, sendiri2 punya la. bayaran rm30. training siang malam. lastly, dapat calit kuning je. 9th kup. 

antara pattern yg kami kena buat ialah saju jirugi, saju makgi. basic step : Sitting Stance - Front Punch, Front Kick, Side Kick, Tuning Kick, & Semi free Sparring.


tapi, alhamdulillah lah kan dapat jugak naik 9th kup daripada takde langsung. membazir je bayar rm30 tapi still 10th kup.

sekian saja, thanks... (^_^)

Wednesday, 19 September 2012

Zaman Fitnah?

Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas org lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah s.w.t..

Demikian syirik, kufur, bidaah, maksiat, pembunuhan, ketidaktenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah.

Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang amat memeritkan. Sehingga kadangkala insan akan terpinga pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul. Nabi s.a.w. dalam banyak hadis-hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup.

Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah s.w.t. dengan empat perkara iaitu "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ~> Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyat) sebelum memberi salam.

Banyak bacaan-bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dapat dipelajari. Antara yang indah itu ialah apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut : (maksudnya) "Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata:- Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa Engkau kehendaki ke jalan yang lurus". (Riwayat Muslim)

Demikian doa yang seperti ini - dengan keindahan bahasa arabnya - menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih banyak nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya. Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah.

Sabda Rasululullah s.a.w. yang bermaksud "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah".


Sumber : Sahabat Masjid UMP (SAHAM)

Thursday, 16 August 2012

GSC @lamAnd@ PuTraJaya


Sebelum Cuti Semester yg 3 bulan tu, dalam kepala otak ni, dah fikir awal2 dah… “aku nak buat ape je time cuti ye?takkan nak duduk rumah je.. ish, aku bukan jenis yg macam tula.”
Dalam aku bersendirian kat bilik kosong, datang la kawan aku aka bakal roomate aku kat UMP sem 3 dan sem 4 2012/2013. Saje die datang nak melawat. Sedang asyik berbual, tetibe terkeluar pulak isu kerja mase cuti sem. Die ajak aku kerja dekat office kat putrajaya. Sape taknak kan? Alang2 aku memang tengah cari keje tu.. rugi sangat la kalau aku tolak.
So, bermula la proses buat resume. Sakit otak aku nak auta dalam resume tu. Haha! <just kidding lorh...>
Lepas siap resume, akak Isma yg tolong hantar dekat pejabat terbabit. Opss! Lupa nak cakap. Tempat yg aku apply kerja tu ialah Pejabat Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dekat Putrajaya.
.......
Now, bermula lah cuti semester. 15 june 2012 aku balik kampung. Selang 3 hari aku kat kampung, dapat la interview dekat office terbabit. Kena pergi interview pada 21 june 2012. Ha, yg ni paling tak puas hati. Berminggu jugak lah tunggu result interview ni. Sekali, die nak pakai bulan 9. Aiseyy! Bongek betul la. So, kami berdua pun amek inisiatif lain, cari kerja dekat alamanda. Mula, mintak dekat kiosk biase, tak dapat. Memang ada kerja kosong, tapi nak pakai sorang je. Isma taknak. Pergi pulak dekat Carefour, nak pakai time raya. Memang taklah kan. Tak rela kot kalau tak balik. Next, pergi Parkson. Pun same, nak pakai time raya. Fuh, hampir give up. The next day, last trial. Pergi GSC Alamanda. Terus  ada interview. Petang tu terus dapat mecej dari sir Arif, kami dah dapat kerja. Ops, yg interview kami Wan Hairul.
......
6 july 2012 terus ade training. 7 july dah kerja. Yahoo! Sangat seronok! Ok la, kat bawah ni kronologi sepanjang aku dekat GSC ni.
6/7/2012
          Training kat GSC selama 4 jam
7/7/2012
          First day kerja. Syafiq yg train. Same umur.
8/7/2012  
          Kenal MayLie dekat Burger King time rehat same dengan Isma.
9/7/2012
          Kenal Kamarul dekat belakang checkpoint.
          Kenal Wan dekat concession.
10/7/2012
          Tengok wayang cerita Brave (aku, kamarul, isma, wan, maylie, nazrie)
11/7/2012
          Kamarul mula hantar & amek aku pegi keje.
13/7/2012
          Start mecej dengan kamarul. Isma jadi org tengah.
14/7/2012
          Karaoke dengan Kamarul, Isma & Ainul.
15/7/2012
          Ada meeting dekat training room.      Aku & Kamarul mula digosipkan oleh budak2 GSC.
16/7/2012
          Tengok wayang 8 Jam (Isma, Ainul,Aku & Kamarul)
          Kenal Adib dekat Hall 1 mase 3D Spiderman
17/7/2012
         Adib mula gosipkan aku dengan Kamarul.
24/7/2012
         Tengok The Dark Knight Rises dengan Kamarul. First time tengok wayang berdua.
31/7/2012
         Kamarul last day kerja.
3/8/2012
         Buka puasa dekat TGI FRIDAY. Dengan Aqilah, Hanif, Aku & Kamarul. Kamarul belanja aku. Habis dekat rm140++ jugak la.
         Lepas tu, tengok wayang cerita Total Recall. Aku belanja Kamarul.
4/8/2012
         Kamarul balik Muar.
10/8/2012
         Kamarul mula cakap dia sayang aku. Tak tahu kenapa.
11/8/2012
        Kamarul datang Putrajaya for the last time kitaorg pergi sahur sama2.
12/8/2012
         Last jumpa Kamarul dekat GSC. Lepas buka puasa dia balik Muar.
aku buka puasa dengan Isma & Maylie.
15/8/2012
       Last day kerja.
.
As for conclusion, kerja kali ni, memang scandal dengan Kamarul jela. Haha! Die mengaku ade awek, tapi still nak gatal lagi. Aku tersuka die sekejap. Rasa menyesal pulak. Aigoo!!!!
Seronok kerja dekat GSC. Kenal Amanda, Kak Qilah, Hanif, Adib, Chebo, Nazri, Ainul, Wan n ramai lagi la. Yang paling best is dapat tengok wayang free. Haha!

Wednesday, 8 August 2012

Aku Dan Sahabatku



Aku dapat mecej dari no yg tak dikenali. Actually no tira. N dulu aku dah delete no dia sebab hati aku dah terluka sgat masa tu. Tapi, tu cerita lama. Cerita yang dah lama aku lupakan. Cerita yang aku taknak ingat lagi. Sebab cerita tula aku menangis hamper setiap hari. Menangis terkenangkan sahabat baik aku. Masa aku dapat mecej first dari dia, ntah kenapa aku dapat rasa tu memang no dia. Aku terus mintak no dia dari Isma. N memang sah la tu no dia. Hurm, sape boleh no lupa no sahabat baik aku. Aku tak pernah lupa. No Aisya, kawan baik aku masa sekolah pun aku tak pernah lupa.


Apa perasaan dapat mecej dari Tira?of course la aku hepi yang teramat sangat. Tapi, aku taknak terlampau gembira. Aku takut nanti aku sedih pulak. So, aku tak mengharap sangat.


Tira : Salam ramadhan..
Nisa : Sape ni?
          Tira, sory ak pkai fon laen ni,,fon galaxy ace ade kat umah ngn adik ak..no dak2 ump bnyk lam fon 2..lme x dgr cite ko..ko shat?
Tira : Hehe,ngat an da delete nbo ak,chat..ko?
Nisa : ak pn chat gak..ko watpe je cuti2 ni?x keje?
Tira : Keje kdai mkn,tp bln pose ni xkeje la..cm ne pointer,ok?
Nisa : ok ckit la dr sem lpas..tp x bnyk pn..ko lak cm mne?
Tira : ok la..keje ke?
Nisa : a ah keje..skali dgn isma..tp nak bhnti da pn..x larat keje bln pause..huhu
Tira : Ea, alamanda?
Nisa : yup..kat tmpt wyang..klau ko nk tgk wayang free dtg la..ak ade je dpt tket free..tp xtau nk gne ble..
Tira : Hehe,tape la, puas la ko dating ngan zack ars kn duk sane..
Nisa : haha..bnyk la ko pnye dating..dye dtg cni pn skali je..nk hrap ak pegi sne mmg xla kan..x masal sesat lak ak nnt..
Tira : Ea, sori ea ak mnyombong dlu..bkan niat nk msam muke slame2 nye,cume aku ade reason sndri nape ak wt cm 2..kte bleh baek2 cm dlu kn?
Nisa : its ok..ak fhm situasi ko..lgpn dlu 2 mmg slh ak pn..pape pn,ak still aggp ko kwn baek ak smpai ble2..
Tira : Thanks,k la keje elok2,kim salam kt isma,bye..:-)
Nisa : ok..ko pn jga dri leklok eh..nnt ade pape, cite je kt ak..n thanks gak sudi cntact ak lg pas ape smue yg blaku dlu..i really appreciate that.. J


Mecej Tira aku reply seperti tiada apa2 yang berlaku antara kami. Kerana aku masih menganggap dia kawan baik aku sampai syurga. Mungkin ni la maksud mimpi2 aku selama ni. Setiap hari aku mimpikan Tira. Dan siapa tahu, mungkin Tira juga mengalami perkara yang sama. Dan mungkin itulah yang membuka hati dia untuk mecej aku kembali. Pape pun, aku sayangkan dia macam aku sayang family aku sendiri. Aku rindu nak lepak dengan dia macam dulu. Study sama2. Makan sama2. Pergi kelas sama2. Buat kerja gila sama2. And harapan aku semoga naek aje sem 3 nanti, aku dengan Tira akan jadi seperti dulu. J



Thursday, 14 June 2012

diriku yang bersalah.. :(


Bangun pagi, ingat nak sambung tidur balik. Tapi, lupa baju banyak nak kena kemas. Kak ipar aku nak datang ambik arini. Terpaksa la rajinkan diri.
Tengok balik, wah, banyak jugak barang duduk ump ni kan. Yang heran, datang dulu 2 3 beg je. Nak balik ni bertambah2 beg tambah dengan kotak lagi. Haha! Kelakar.

Macam biasa la kan, lepas kemas barang aku nak lepak bilik study macam biasa yang dulunya bilik tayangan, tapi aku panggil bilik kosong je, sebab bilik tu memang kosong takde barang apa2 dah sekarang. Tapi, kira dah jadi bilik tayangan jugak la kan bagi aku sebab duduk dalam tu tengok movie aje lepas dah abis paper. Hihi…

Pergi aje, bilik terkunci! Sebelum ni takde pun nak kunci2, tapi dah habes sem ni pandai pulak nak tukar tombol pintu tu. Alamak, memang nak marah dah sebenarnye. Tapi, sabar je, barang aku ada dalam tu kot! Budak bilik depan tu cakap pergi jumpa felo kat pejabat! Arghh, aku tak suka la urusan rasmi! Nak amek barang je pun...

Ni lah dialog dengan felo2 and senior2 skim pelajar bekerja (spb) terbabit:

Nisa : salam.. kak, bilik c2-gf-07 tu kunci ke? Barang saya ada kat dalam la kak.
Spb 1 : erk.. akak pun tak tau la dik.. cuba adik Tanya abang ni.. <sambil tunjuk2>
Nisa : bang, bilik c2-gf-07 tu kunci ke? Barang saya ada kat dalam tula.
Spb 2 : c2-gf-07 ? jap ye.. <masuk dalam..buat2 busy, Tanya yang lain2..pastu keluar buat muka selamba je>
5 minutes later…..
Nisa : barang saya macam mana ni?
Spb 2 : erk..jap ye.. <layan student yang hantar kunci>
Nisa : hurm.. ok…<still senyum>
3 minutes...
Nisa : abang, barang saya macam mana??
Spb 2 : ha…. Tanya encik ni.. <sambil tunjuk sorang felo tu>
“poyo la kau bang! Encik ni daripada tadi depan aku kot! Asal tak suruh daripada tadi aje. Buat penat aje aku tunggu.dah la pejabat kk dah nak tutup pun tak bagi warning dulu. Ramai lagi orang dalam ni.. Sakit hati pulak dengan peka 3.”
Felo 1 : ooo.. barang awak la ye dalam bilik tu? Awak tidur kat situ ke? Saya dah tengok dah, complete set, semua ada..(barang budak laen pun ada la.. bukan saya aje!!>
Nisa : ye encik.. <nak aje aku cakap, salahkah niat saya nak bagi roommate saya tidur lena tiap2 malam.. >
Felo 1 : awak tau tak tindakan awak tu salah? Saya boleh saman awak ni, tau tak? <niat aku baik.. napela takde sape yang paham..lagipun aku orang miskin aje, mana ada duit nak bayar saman..encik suka ya dera orang miskin macam saya mentang la encik kaya, saya miskin>
Nisa : saya study kat situ encik.. <hurm.. adoi la… nak study pun salah ke?tak faham betul felo ni.>
Felo 2 : awak tau kan bilik study kat mana?
Nisa : tau..
Felo 2 : kenapa tak study kat bilik study? Ish awak ni..
<aku mampu tertunduk jela.. nak tahan airmata daripada mengalir depan dorang..>
Felo 1 : awak ni.. patutnya Tanya la pendapat kitaorang dulu sebelum buat apa2.. awak study sorang2 ke kat situ?
Nisa : kadang2 saya sorang, kadang ada orang lain datang study jugak..
Felo 1 : orang lain tu pun kawan2 awak jugak kan? <nada sinis giler>
Nisa : bukan encik.. budak fakulti lain.. ada yang saya kenal, ada yang saya tak kenal.. <dalam hati, semua orang kat ump ni kawan aku kan….sakit aje hati…>
Felo 1 : awak tahu kan tu bilik tayangan bukan bilik study?? Lain kali awak buat lagi, takde maaf dah bagi awak…

Uish… dalam hati! Aku memang bengang giler ngan felo. Nak nangis tadi kot. Nasib baik tak turun je air mata ni. Aku ni dah la takleh kena marah, nanti laju je mengalir. Malu kot. Lagi satu, takleh tegur baik2 ke? Ramai dalam tu tadi kot.. aku pun ada maruah la! Bukan aku sorang aje yang study dalam bilik tu. Nasib baik sem depan bukan kolej kediaman 3 lagi dah. Tak mau dah aih aku jumpa felo2 tu semua.