welkem

welkem
:))

its mine! :p

Photobucket

Followers

Sunday, 6 January 2013

sEaNdAiNyA DiA MiLiKkU


'Bingkisan Doa.' 

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

Friday, 4 January 2013

Masyarakat Kita ==''



          Tidak kira di peringkat golongan mana sekalipun, daripada golongan atasan hinggalah golongan masyarakat umum. Budaya ini sebenarnya, telah mendedahkan lagi kelemahan diri di mata orang lain, bahkan akan dibenci oleh orang di sekeliling kita.
Beberapa isu yang timbul kebelakangan ini, menjelaskan lagi budaya ini dan yang ketara, ia melibatkan orang melayu, dengan tersiar di dada akhbar harian atau tabloid. Budaya ini sebenarnya telah menggalakkan fitnah, hasad dengki, adu domba dan lain-lain sifat yang keji. Perkara-perkara ini adalah punca ke-fasadan (kerosakan) dan perpecahan di kalangan kita. Sedangkan kita ketahui larangan Allah SWT sangat jelas didalam Al Quran :
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik Kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."  (Surah Al Hujuraat : 12)
 
        Jelas di dalam ayat ini larangan Allah terutamanya terhadap sangkaan-sangkaan atau tuduhan yang tidak berasas, membahayakan atau menyusahkan orang lain. Lantaran, kita sebagai umat yang sedar, wajar untuk menghapuskan budaya bobrok ini di dalam masyarakat kita, atau kelak masyarakat Islam kita hancur dan musnah hasil perbuatan tangan kita sendiri.
 
        Sedarilah hakikat kelemahan kita, jangan berpaling dari kekurangan yang ada. Jalan penyelesaiannya ialah dengan mempertingkatkan amalan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada, nescaya umat yang berkualiti akan dapat dijelmakan. Turuti langkah para sahabat mempertingkatkan kualiti diri, pasti diredhai dan direstui Allah SWT.

Thursday, 29 November 2012

Me Turn Nineteen!

My bufday takdelah meriah sangat. no cake, no present yang berbalut cantik like the other people. But still I'm still happy with just how my real friends appreciate my bufday. 

Orang pertama yang wish bufday aku is my roomate, Zuhaima. Siap nyanyi lagi lagu happy birthday untuk  aku before aku keluar dengan Mr S haritu. (nak tau sape Mr S?  errkk, for the time being biarlah rahsia ye. hehe)

After that, keluar dengan Mr S  Tengok wayang cerita Istanbul Aku Datang. "Movie pertama kita bak kata Mr S". Lepas tengok wayang, kitorang pegi makan dekat Tanjung Lumpur. Aku tak pernah lagi sampai kat sana. So, Mr S bawak la makan kat sane. Sweet kan? hehe ~

Tepat pukul 12 tengah malam, kami still dekat kedai makan. And then, tetiba, i hear those three special words. Surprisingly, Mr S whisper those 3 words to my ears. Taktau nak bagi reaksi ape time tu. Just speechless. Yela, first time kot ade orang buat macam tu. First time jumpa orang yg sweet macam Mr S nih. 

Lepas tu, i got message from Izuwan & also Tira (my bestfriends). Tak sangka pulak Izuwan still remember my bufday. Then, kawan baik aku masa sekolah dulu pulak wish, Sairah. Bufday Sairah kan 28 Nov. Maybe sebab tu dia senang nak ingat kot. Hehe ~

Ok, back to real life. Lepas makan, Mr S bawak aku pegi Taman Gelora. Actually, nak pegi Tanjung Api, but dia lupa jalan nak kesana. Haha (tula kan.. berlagak sangat..dah bosan dengan kuantan konon :P) 

Dekat Taman Gelora la satu peristiwa sejarah berlaku. Hurm, biarlah tu menjadi rahsia kami berdua. Haha ~

Malam tu, kebetulan ade training taekwondo. Budak2 taekwondo pulak wish bufday. Siap nyanyi lagu. *Malu* *malu*

But, actually, i'm waiting for siti hajar. Lastly, balik taekwondo malam tu, aku bukak facebook. Tengok ade mecej dari Hajar kat facebook. Dia wish je kot. Tu pun dia cakap, die nak jadi yang last. Terasa la jugak. Kalau bufday Imla, beria lagi dia sampai ajak keluar pergi makan bagai. Padahal, dia rapat ngan aku dulu kot baru rapat dengan Imla. Nevermind la. Now I know my real friends. 

Hurm, sebelum terlupa, Tira ade surprise untuk aku. Sape sangka kan. Dalam diam rupanya. Dia lukis gamba aku dengan dia. Dapat jugak la pensil picit tu sebagai hadiah. Thanks Tira.. lots of love for u.. <3 <3 <3


Tuesday, 23 October 2012

White Belt Taekwondo Grading

Assalam... 

Kali ni nak cerita pasal aku punya grading taekwondo.. tak peduli lah korang nak tau ke tak.. kisah pulak aku kan.. haha :p

Haa..?? tak percaya aku masuk taekwondo... cehh,.. kecik bukan sebarang kecik tau tau... haha

Mase hari pendaftaran kelab haritu, saje la aku pergi jugak. niat asal sebab nak join kelab intelligentsia je... Hajar la yg sebok2 suruh aku masuk.. ntah aktif ke tidak aku nanti.. haha.. lastly, dia tarik aku pergi isi nama dekat kelab taekwondo itf.. TAPI.... dia tak aktif pun.. aku dengan Aini la yg bersemangat..

First training, jumaat malam.. tengok ramai jugak budak baru.. macam best je kan.. haha! tapi biase la, awal2 je... makin lama, makin kurang pulak yg datang training.. ni mesti gara2 first fitness haritu, sangat2 memenatkan... next fitness xdela berpeluh sgt pun... cuma, nak lenturkan badan tu yg susah... hurm ==''

once upon a day, kami punya senpai, safuan mintak dengan sir nak upgrading. tapi, bukan under club. means, sendiri2 punya la. bayaran rm30. training siang malam. lastly, dapat calit kuning je. 9th kup. 

antara pattern yg kami kena buat ialah saju jirugi, saju makgi. basic step : Sitting Stance - Front Punch, Front Kick, Side Kick, Tuning Kick, & Semi free Sparring.


tapi, alhamdulillah lah kan dapat jugak naik 9th kup daripada takde langsung. membazir je bayar rm30 tapi still 10th kup.

sekian saja, thanks... (^_^)

Wednesday, 19 September 2012

Zaman Fitnah?

Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas org lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah s.w.t..

Demikian syirik, kufur, bidaah, maksiat, pembunuhan, ketidaktenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah.

Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang amat memeritkan. Sehingga kadangkala insan akan terpinga pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul. Nabi s.a.w. dalam banyak hadis-hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup.

Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah s.w.t. dengan empat perkara iaitu "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ~> Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyat) sebelum memberi salam.

Banyak bacaan-bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dapat dipelajari. Antara yang indah itu ialah apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut : (maksudnya) "Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata:- Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa Engkau kehendaki ke jalan yang lurus". (Riwayat Muslim)

Demikian doa yang seperti ini - dengan keindahan bahasa arabnya - menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih banyak nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya. Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah.

Sabda Rasululullah s.a.w. yang bermaksud "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah".


Sumber : Sahabat Masjid UMP (SAHAM)