My bufday takdelah meriah sangat. no cake, no present yang berbalut cantik like the other people. But still I'm still happy with just how my real friends appreciate my bufday.
Orang pertama yang wish bufday aku is my roomate, Zuhaima. Siap nyanyi lagi lagu happy birthday untuk aku before aku keluar dengan Mr S haritu. (nak tau sape Mr S? errkk, for the time being biarlah rahsia ye. hehe)
After that, keluar dengan Mr S Tengok wayang cerita Istanbul Aku Datang. "Movie pertama kita bak kata Mr S". Lepas tengok wayang, kitorang pegi makan dekat Tanjung Lumpur. Aku tak pernah lagi sampai kat sana. So, Mr S bawak la makan kat sane. Sweet kan? hehe ~
Tepat pukul 12 tengah malam, kami still dekat kedai makan. And then, tetiba, i hear those three special words. Surprisingly, Mr S whisper those 3 words to my ears. Taktau nak bagi reaksi ape time tu. Just speechless. Yela, first time kot ade orang buat macam tu. First time jumpa orang yg sweet macam Mr S nih.
Lepas tu, i got message from Izuwan & also Tira (my bestfriends). Tak sangka pulak Izuwan still remember my bufday. Then, kawan baik aku masa sekolah dulu pulak wish, Sairah. Bufday Sairah kan 28 Nov. Maybe sebab tu dia senang nak ingat kot. Hehe ~
Ok, back to real life. Lepas makan, Mr S bawak aku pegi Taman Gelora. Actually, nak pegi Tanjung Api, but dia lupa jalan nak kesana. Haha (tula kan.. berlagak sangat..dah bosan dengan kuantan konon :P)
Dekat Taman Gelora la satu peristiwa sejarah berlaku. Hurm, biarlah tu menjadi rahsia kami berdua. Haha ~
Malam tu, kebetulan ade training taekwondo. Budak2 taekwondo pulak wish bufday. Siap nyanyi lagu. *Malu* *malu*
But, actually, i'm waiting for siti hajar. Lastly, balik taekwondo malam tu, aku bukak facebook. Tengok ade mecej dari Hajar kat facebook. Dia wish je kot. Tu pun dia cakap, die nak jadi yang last. Terasa la jugak. Kalau bufday Imla, beria lagi dia sampai ajak keluar pergi makan bagai. Padahal, dia rapat ngan aku dulu kot baru rapat dengan Imla. Nevermind la. Now I know my real friends.
Hurm, sebelum terlupa, Tira ade surprise untuk aku. Sape sangka kan. Dalam diam rupanya. Dia lukis gamba aku dengan dia. Dapat jugak la pensil picit tu sebagai hadiah. Thanks Tira.. lots of love for u.. <3 <3 <3
Thursday, 29 November 2012
Tuesday, 23 October 2012
White Belt Taekwondo Grading
Assalam...
Kali ni nak cerita pasal aku punya grading taekwondo.. tak peduli lah korang nak tau ke tak.. kisah pulak aku kan.. haha :p
Haa..?? tak percaya aku masuk taekwondo... cehh,.. kecik bukan sebarang kecik tau tau... haha
Mase hari pendaftaran kelab haritu, saje la aku pergi jugak. niat asal sebab nak join kelab intelligentsia je... Hajar la yg sebok2 suruh aku masuk.. ntah aktif ke tidak aku nanti.. haha.. lastly, dia tarik aku pergi isi nama dekat kelab taekwondo itf.. TAPI.... dia tak aktif pun.. aku dengan Aini la yg bersemangat..
First training, jumaat malam.. tengok ramai jugak budak baru.. macam best je kan.. haha! tapi biase la, awal2 je... makin lama, makin kurang pulak yg datang training.. ni mesti gara2 first fitness haritu, sangat2 memenatkan... next fitness xdela berpeluh sgt pun... cuma, nak lenturkan badan tu yg susah... hurm ==''
once upon a day, kami punya senpai, safuan mintak dengan sir nak upgrading. tapi, bukan under club. means, sendiri2 punya la. bayaran rm30. training siang malam. lastly, dapat calit kuning je. 9th kup.
antara pattern yg kami kena buat ialah saju jirugi, saju makgi. basic step : Sitting Stance - Front Punch, Front Kick, Side Kick, Tuning Kick, & Semi free Sparring.
tapi, alhamdulillah lah kan dapat jugak naik 9th kup daripada takde langsung. membazir je bayar rm30 tapi still 10th kup.
sekian saja, thanks... (^_^)

Wednesday, 19 September 2012
Zaman Fitnah?
Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas org lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah s.w.t..
Demikian syirik, kufur, bidaah, maksiat, pembunuhan, ketidaktenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah.
Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang amat memeritkan. Sehingga kadangkala insan akan terpinga pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul. Nabi s.a.w. dalam banyak hadis-hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup.
Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah s.w.t. dengan empat perkara iaitu "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) ~> Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyat) sebelum memberi salam.
Banyak bacaan-bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dapat dipelajari. Antara yang indah itu ialah apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut : (maksudnya) "Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata:- Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa Engkau kehendaki ke jalan yang lurus". (Riwayat Muslim)
Demikian doa yang seperti ini - dengan keindahan bahasa arabnya - menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih banyak nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya. Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah.
Sabda Rasululullah s.a.w. yang bermaksud "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah".
Sumber : Sahabat Masjid UMP (SAHAM)
Thursday, 16 August 2012
GSC @lamAnd@ PuTraJaya
Sebelum Cuti Semester yg 3 bulan tu, dalam kepala otak
ni, dah fikir awal2 dah… “aku nak buat ape je time cuti ye?takkan nak duduk
rumah je.. ish, aku bukan jenis yg macam tula.”
Dalam aku bersendirian kat bilik kosong, datang la kawan
aku aka bakal roomate aku kat UMP sem 3 dan sem 4 2012/2013. Saje die datang
nak melawat. Sedang asyik berbual, tetibe terkeluar pulak isu kerja mase cuti
sem. Die ajak aku kerja dekat office kat putrajaya. Sape taknak kan? Alang2 aku
memang tengah cari keje tu.. rugi sangat la kalau aku tolak.
So, bermula la proses buat resume. Sakit otak aku nak
auta dalam resume tu. Haha! <just kidding lorh...>
Lepas siap resume, akak Isma yg tolong hantar dekat
pejabat terbabit. Opss! Lupa nak cakap. Tempat yg aku apply kerja tu ialah
Pejabat Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dekat Putrajaya.
.......
Now, bermula lah cuti semester. 15 june 2012 aku balik
kampung. Selang 3 hari aku kat kampung, dapat la interview dekat office
terbabit. Kena pergi interview pada 21 june 2012. Ha, yg ni paling tak puas
hati. Berminggu jugak lah tunggu result interview ni. Sekali, die nak pakai
bulan 9. Aiseyy! Bongek betul la. So, kami berdua pun amek inisiatif lain, cari
kerja dekat alamanda. Mula, mintak dekat kiosk biase, tak dapat. Memang ada
kerja kosong, tapi nak pakai sorang je. Isma taknak. Pergi pulak dekat
Carefour, nak pakai time raya. Memang taklah kan. Tak rela kot kalau tak balik.
Next, pergi Parkson. Pun same, nak pakai time raya. Fuh, hampir give up. The next
day, last trial. Pergi GSC Alamanda. Terus ada interview. Petang tu terus dapat mecej
dari sir Arif, kami dah dapat kerja. Ops, yg interview kami Wan Hairul.
......
6 july 2012 terus ade training. 7 july dah kerja. Yahoo! Sangat
seronok! Ok la, kat bawah ni kronologi sepanjang aku dekat GSC ni.
6/7/2012
|
Training kat GSC selama 4
jam
|
7/7/2012
|
First
day kerja. Syafiq yg train. Same umur.
|
8/7/2012
|
Kenal MayLie dekat Burger
King time rehat same dengan Isma.
|
9/7/2012
|
Kenal Kamarul dekat
belakang checkpoint.
Kenal Wan dekat
concession.
|
10/7/2012
|
Tengok wayang cerita
Brave (aku, kamarul, isma, wan, maylie, nazrie)
|
11/7/2012
|
Kamarul mula hantar &
amek aku pegi keje.
|
13/7/2012
|
Start mecej dengan
kamarul. Isma jadi org tengah.
|
14/7/2012
|
Karaoke dengan Kamarul,
Isma & Ainul.
|
15/7/2012
|
Ada meeting dekat
training room. Aku & Kamarul
mula digosipkan oleh budak2 GSC.
|
16/7/2012
|
Tengok wayang 8 Jam
(Isma, Ainul,Aku & Kamarul)
Kenal Adib dekat Hall 1
mase 3D Spiderman
|
17/7/2012
|
Adib mula gosipkan aku
dengan Kamarul.
|
24/7/2012
|
Tengok The Dark Knight Rises dengan
Kamarul. First time tengok wayang berdua.
|
31/7/2012
|
Kamarul last day kerja.
|
3/8/2012
|
Buka puasa dekat TGI
FRIDAY. Dengan Aqilah, Hanif, Aku & Kamarul. Kamarul belanja aku. Habis dekat
rm140++ jugak la.
Lepas tu, tengok wayang
cerita Total Recall. Aku belanja Kamarul.
|
4/8/2012
|
Kamarul balik Muar.
|
10/8/2012
|
Kamarul mula cakap dia
sayang aku. Tak tahu kenapa.
|
11/8/2012
|
Kamarul datang Putrajaya
for the last time kitaorg pergi sahur sama2.
|
12/8/2012
|
Last jumpa Kamarul dekat
GSC. Lepas buka puasa dia balik Muar.
aku buka puasa dengan Isma & Maylie. |
15/8/2012
|
Last day kerja.
|
.
As for conclusion, kerja kali ni, memang scandal dengan
Kamarul jela. Haha! Die mengaku ade awek, tapi still nak gatal lagi. Aku tersuka
die sekejap. Rasa menyesal pulak. Aigoo!!!!
Seronok kerja dekat GSC. Kenal Amanda, Kak Qilah, Hanif,
Adib, Chebo, Nazri, Ainul, Wan n ramai lagi la. Yang paling best is dapat
tengok wayang free. Haha!
Wednesday, 8 August 2012
Aku Dan Sahabatku
Aku dapat mecej dari
no yg tak dikenali. Actually no tira. N dulu aku dah delete no dia sebab hati
aku dah terluka sgat masa tu. Tapi, tu cerita lama. Cerita yang dah lama aku
lupakan. Cerita yang aku taknak ingat lagi. Sebab cerita tula aku menangis
hamper setiap hari. Menangis terkenangkan sahabat baik aku. Masa aku dapat
mecej first dari dia, ntah kenapa aku dapat rasa tu memang no dia. Aku terus
mintak no dia dari Isma. N memang sah la tu no dia. Hurm, sape boleh no lupa no
sahabat baik aku. Aku tak pernah lupa. No Aisya, kawan baik aku masa sekolah
pun aku tak pernah lupa.
Apa perasaan dapat
mecej dari Tira?of course la aku hepi yang teramat sangat. Tapi, aku taknak
terlampau gembira. Aku takut nanti aku sedih pulak. So, aku tak mengharap
sangat.
Tira : Salam ramadhan..
Nisa : Sape ni?
Tira, sory
ak pkai fon laen ni,,fon galaxy ace ade kat umah ngn adik ak..no dak2 ump bnyk
lam fon 2..lme x dgr cite ko..ko shat?
Tira : Hehe,ngat an da delete nbo ak,chat..ko?
Nisa : ak pn chat gak..ko watpe je cuti2 ni?x keje?
Tira : Keje kdai mkn,tp bln pose ni xkeje la..cm ne
pointer,ok?
Nisa : ok ckit la dr sem lpas..tp x bnyk pn..ko lak cm mne?
Tira : ok la..keje ke?
Nisa : a ah keje..skali dgn isma..tp nak bhnti da pn..x
larat keje bln pause..huhu
Tira : Ea, alamanda?
Nisa : yup..kat tmpt wyang..klau ko nk tgk wayang free dtg
la..ak ade je dpt tket free..tp xtau nk gne ble..
Tira : Hehe,tape la, puas la ko dating ngan zack ars kn duk
sane..
Nisa : haha..bnyk la ko pnye dating..dye dtg cni pn skali
je..nk hrap ak pegi sne mmg xla kan..x masal sesat lak ak nnt..
Tira : Ea, sori ea ak mnyombong dlu..bkan niat nk msam muke
slame2 nye,cume aku ade reason sndri nape ak wt cm 2..kte bleh baek2 cm dlu kn?
Nisa : its ok..ak fhm situasi ko..lgpn dlu 2 mmg slh ak
pn..pape pn,ak still aggp ko kwn baek ak smpai ble2..
Tira : Thanks,k la keje elok2,kim salam kt isma,bye..:-)
Nisa : ok..ko pn jga dri leklok eh..nnt ade pape, cite je kt
ak..n thanks gak sudi cntact ak lg pas ape smue yg blaku dlu..i really
appreciate that.. J
Mecej Tira aku reply
seperti tiada apa2 yang berlaku antara kami. Kerana aku masih menganggap dia
kawan baik aku sampai syurga. Mungkin ni la maksud mimpi2 aku selama ni. Setiap
hari aku mimpikan Tira. Dan siapa tahu, mungkin Tira juga mengalami perkara
yang sama. Dan mungkin itulah yang membuka hati dia untuk mecej aku kembali.
Pape pun, aku sayangkan dia macam aku sayang family aku sendiri. Aku rindu nak
lepak dengan dia macam dulu. Study sama2. Makan sama2. Pergi kelas sama2. Buat
kerja gila sama2. And harapan aku semoga naek aje sem 3 nanti, aku dengan Tira
akan jadi seperti dulu. J
Thursday, 14 June 2012
diriku yang bersalah.. :(
Bangun pagi, ingat nak sambung tidur balik. Tapi, lupa
baju banyak nak kena kemas. Kak ipar aku nak datang ambik arini. Terpaksa la
rajinkan diri.
Tengok balik, wah, banyak jugak barang duduk ump ni kan.
Yang heran, datang dulu 2 3 beg je. Nak balik ni bertambah2 beg tambah dengan
kotak lagi. Haha! Kelakar.
Macam biasa la kan, lepas kemas barang aku nak lepak
bilik study macam biasa yang dulunya bilik tayangan, tapi aku panggil bilik
kosong je, sebab bilik tu memang kosong takde barang apa2 dah sekarang. Tapi,
kira dah jadi bilik tayangan jugak la kan bagi aku sebab duduk dalam tu tengok
movie aje lepas dah abis paper. Hihi…
Pergi aje, bilik terkunci! Sebelum ni takde pun nak
kunci2, tapi dah habes sem ni pandai pulak nak tukar tombol pintu tu. Alamak,
memang nak marah dah sebenarnye. Tapi, sabar je, barang aku ada dalam tu kot! Budak
bilik depan tu cakap pergi jumpa felo kat pejabat! Arghh, aku tak suka la
urusan rasmi! Nak amek barang je pun...
Ni lah dialog dengan felo2 and senior2 skim pelajar
bekerja (spb) terbabit:
Nisa : salam.. kak, bilik c2-gf-07 tu kunci ke? Barang saya
ada kat dalam la kak.
Spb 1 : erk.. akak pun tak tau la dik.. cuba adik Tanya abang
ni.. <sambil tunjuk2>
Nisa : bang, bilik c2-gf-07 tu kunci ke? Barang saya ada
kat dalam tula.
Spb 2 : c2-gf-07 ? jap ye.. <masuk dalam..buat2 busy,
Tanya yang lain2..pastu keluar buat muka selamba je>
Nisa : barang saya macam mana ni?
Spb 2 : erk..jap ye.. <layan student yang hantar
kunci>
Nisa : hurm.. ok…<still senyum>
Nisa : abang, barang saya macam mana??
Spb 2 : ha…. Tanya encik ni.. <sambil tunjuk sorang
felo tu>
“poyo la kau bang! Encik ni daripada tadi depan aku kot!
Asal tak suruh daripada tadi aje. Buat penat aje aku tunggu.dah la pejabat kk
dah nak tutup pun tak bagi warning dulu. Ramai lagi orang dalam ni.. Sakit hati
pulak dengan peka 3.”
Felo 1 : ooo.. barang awak la ye dalam bilik tu? Awak tidur
kat situ ke? Saya dah tengok dah, complete set, semua ada..(barang budak laen pun ada la.. bukan saya aje!!>
Nisa : ye encik.. <nak aje aku cakap, salahkah niat
saya nak bagi roommate saya tidur lena tiap2 malam.. >
Felo 1 : awak tau tak tindakan awak tu salah? Saya boleh
saman awak ni, tau tak? <niat aku baik.. napela takde sape yang paham..lagipun
aku orang miskin aje, mana ada duit nak bayar saman..encik suka ya dera orang
miskin macam saya mentang la encik kaya, saya miskin>
Nisa : saya study kat situ encik.. <hurm.. adoi la…
nak study pun salah ke?tak faham betul felo ni.>
Felo 2 : awak tau kan bilik study kat mana?
Nisa : tau..
Felo 2 : kenapa tak study kat bilik study? Ish awak ni..
<aku mampu tertunduk jela.. nak tahan airmata
daripada mengalir depan dorang..>
Felo 1 : awak ni.. patutnya Tanya la pendapat kitaorang
dulu sebelum buat apa2.. awak study sorang2 ke kat situ?
Nisa : kadang2 saya sorang, kadang ada orang lain datang
study jugak..
Felo 1 : orang lain tu pun kawan2 awak jugak kan?
<nada sinis giler>
Nisa : bukan encik.. budak fakulti lain.. ada yang saya
kenal, ada yang saya tak kenal.. <dalam hati, semua orang kat ump ni kawan
aku kan….sakit aje hati…>
Felo 1 : awak tahu kan tu bilik tayangan bukan bilik
study?? Lain kali awak buat lagi, takde maaf dah bagi awak…
Uish… dalam hati! Aku memang bengang giler ngan felo. Nak
nangis tadi kot. Nasib baik tak turun je air mata ni. Aku ni dah la takleh kena
marah, nanti laju je mengalir. Malu kot. Lagi satu, takleh tegur baik2 ke? Ramai
dalam tu tadi kot.. aku pun ada maruah la! Bukan aku sorang aje yang study
dalam bilik tu. Nasib baik sem depan bukan kolej kediaman 3 lagi dah. Tak mau
dah aih aku jumpa felo2 tu semua.
Tuesday, 5 June 2012
Ajalku Ditangan Tuhanku
Ajal maut memang kat tangan Tuhan. Tapi, petandanya kita
akan dapat rasa.
Rambut aku makin banyak yang gugur. Makin disikat, makin
banyak. Sikat lagi, gugur lagi. Selagi tak berhenti sikat rambut, selagi tula
ia akan gugur.
Batuk berterusan. Makin lama makin teruk batuk aku. Aku rasa
dah makan ubat dah. Tapi langsung tak memberikan kesan.
Ramai yang cakap, maybe ia disebabkan oleh penyakit. Kanser mungkin.
Dorang pesan pergi jumpa doctor kalau alami masalah macam ini. Tapi, aku malas.
Biarlah aku yang tanggung sorang2. Aku taknak risaukan ma dan abah aku.
Aku tak pasti akan hal itu. So, aku taknak bising. Aku sendiri
pun taknak pastikan dengan doctor. Kalau betul pun, aku taknak dapat rawatan
apa2. Aku sekarang lebih prefer mati daripada hidup. Tapi, aku takkan bunuh
diri sebab berdosa. Biar Allah sendiri yang cabut nyawa aku.
Hati aku kuat mengatakan aku takkan mampu untuk hidup lebih
lama. Makin aku tolak, makin kuat naluriku berbisik. Sehinggalah aku sudah
tidak berdaya menolaknya.
Memang la aku tak pasti adakah betul apa yang aku rasakan
ni. Mungkin Cuma mainan perasaan aku saja. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Aku
sebagai seorang hamba tak mampu melakukan apa2 selain terus beriman &
beramal kepadanya.
Harapan aku, kalau betul umurku tidak panjang, aku tidak
mahu ada sesiapa pun bersedih akan kepergianku. Atau mungkin sekarang pun semua
orang lagi berbahagia kerana ketiadaan aku. Kalau begitu, baguslah. Mungkin aku
akan berbahagia sekiranya Allah mencabut nyawaku nanti.
*notakaki*
give up study calculus. just wanna wait till exam. paper BUM2123 APPLIED CALCULUS ~> 05 06 2012 ~> 2.30P.M TO 5.30P.M~> DEWAN BESAR PEPERIKSAAN (DBP)
Monday, 4 June 2012
PTPTN
PTPTN... ada kebaikan ada keburukan...
Apa lagi yang mesti dipertikaikan?? Elok sangat kah parti politik bergaduh bagai.. bukan kah dah bagi imej negatif parti politik pada pandangan masyarakat..
apa kebaikan PTPTN?? tanpa PTPTN macam mana pelajar miskin macam aku nak bayar yuran??mana mak aku nak cari duit bayar yuran yang mencecah dua ribu ringgit setiap sem.. kalau betul yuran percuma sekalipun, duit belanja harian aku, siapa yang nak tanggung?? makan minum keluarga aku kat kampung pun masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. aku bukan orang kaya.. tak fikir ke kalau PTPTN dimansuhkan, ada orang miskin jadi pencuri, perompak dan seumpamanya semata2 nak masuk universiti.. malah, mungkin akan ada yang tolak peluang belajar dengan alasan tak ada duit.. sampai bila negara nak maju kalau situasi ni yang berlaku??
kalau digantikan dengan biasiswa sekalipun, bukankah ia lebih memudaratkan?? pelajar akan merasa mewah dengan wang yang diterima.. dia tidak perlu membayar satu sen pun duit yang diterima dan ini akan menyebabkan pelajar 'enjoy' lebih.. shopping sana, shopping sini, enjoy sana, enjoy sini.. itukah yang dimahukan?? aku tidak menceritakan tentang pelajar lain.. benda ini juga akan berlaku pada diri aku sekiranya aku mendapat wang percuma semata2 tanpa perlu berusaha..
apa keburukan PTPTN?? keburukan PTPTN ialah caj 1% tersebut.. itu membebankan kami.. sudahlah hutang PTPTN yang terlampau tinggi.. angka terlampau besar, ditambah pula dengan terpaksa bayar caj 1%.. hutang tersebut terpaksa dibayar sebaik saja kami keluar daripada universiti.. tidak terfikirkah, berapa graduan diluar sana yang masih belom mendapat kerja?? sampai tua kami akan masih dibelenggu hutang PTPTN.. apa lagi yang buruknya tentang PTPTN?? PTPTN menggalakkan riba.. dalam Islam, Riba itu Haram.. kami tidak mahu terlibat dengan benda haram.. tapi, kami terpaksa juga terima PTPTN sebab tiada sumber kewangan lain lagi yang dapat membantu kami untuk meneruskan pembelajaran.. mahu saja kami menolak PTPTN, tapi mampukah kami mencapai impian kami sekiranya harapan kami hancur dek kerana masalah kewangan..
Menurut Islam, selagi termampu, elakkan benda haram tersebut.. tapi, kami tak berdaya... lebih2 aku yang hanyalah anak nelayan dengan sumber rezeki yang tidak menentu..
setiap benda yang berlaku ada kebaikan... ada keburukan... kesal dengan sikap pemerintah dan rakyat Malaysia sekarang yang berusaha untuk mencari kesalahan orang lain.. bermacam isu yang tak patut dipersoalkan mula ditimbulkan..
Ini hanya luahan hati aku.. aku tak suka orang bergaduh.. tambah2 bangsa aku sendiri.. memang aku taknak ambil tahu isu politik bagai.. tapi, benda tu yang sering aku lihat dan dengar membuatkan mata dan telinga aku sakit melihat anak bangsa aku bergaduh sesama sendiri tidak kiralah siapa puncanya.. tak tahu ke, bangsa lain kat luar sana sedang bergembira melihat kita bergaduh sesama sendiri..??

Wednesday, 30 May 2012
Sil@p
Sekali kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut
balik sekalipun, tetap akan meninggalkan kesan.
Aku yang silap. Aku buat sesuatu tanpa fikir akan
kesannya. Aku terlampau ikutkan perasaan marah aku. Aku tidak pernah kenal erti
sabar.
Menyesal kemudian tidak berguna. Walau macam mana rindu
sekalipun aku kat Tira, dia tetap takkan maafkan aku terhadap silap aku dulu. Kalau
dia maaf sekalipun, mungkin dia tidak akan lupa apa yang aku sudah buat pada
dia.

Monday, 28 May 2012
PaNas~~>HuJan
Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hujan best
la. Sejuk. Best nak tido. Hehe
Taknak mengarut lebih2. But, this idiom really suits me. Pagi tadi aku terasa sangat tertekan dengan
keadaan. Masalah assignment berlambak dimana aku yang kena uruskan semua. Daripada
assignment calculus yang diorang semua tak tau buat, sehinggalah assignment
Thermodynamics yang aku kena wat sorang2.
Tengahari hujan ke kat UMP? Tak lah. Cuma, bagi aku, maksud
peribahasa ni, hujan ditengahari adalah suatu yang memberikan makna yang amat
mendalam bagi aku. Hujan kat satu Rahmat. Tengahari tadi aku keluar makan dekat
kafe. Tetiba saja terserempak dengan Tira. Aku hanya mampu tersenyum. Tapi,
Tira senyum dekat aku balik. Dan kali ni, dia respon pada soalan aku really
well. Terasa dunia aku dikelilingi taman yang sangat indah pada masa itu. Terima
kasih Tira!
Petang pulak, aku yang terpaksa buat assignment Thermodynamics
sorang2 dah nak pecah kepala fikir. Mintak la pinjam dengan Halim. Nasib baik
la Halim tu sangat baik. Dia yang bagi pinjam kat aku. Boleh lah jugak buat.
Sunday, 27 May 2012
eSAiNmeNt
ade 2 assignment yang nak kena hantar harini. thermodynamics dan jugak Calculus... tapi satu apa pun tak buat lagi. budak group aku pulak main lepas tangan macam tu je. Calculus... mula bagi alasan takde kat UMP. ok fine, aku boleh la terima. lepastu, tak lama kemudian hantar mecej tak boleh buat pulak. lepas tu senyap macam tu je. dulu ada gak Tira yang tolong2 kalau aku sorang2 buat assignment. dia akan teman aku jumpa lecturer. teringat... sedih.. :'(
Assignment thermo pulak, punya la susah. aku tengok pun tak tau nak mula macam mana. At least nak la jugak jawapan akhir. nak tau betul ke salah. apa guna kerah otak kalau last2 dapat tau salah. boleh je aku nak cuba. tapi, tula.. takut salah. aku dahlah tak pandai sangat thermo. budak group aku senyap pulak. terpaksa la aku usaha pinjam group lain. terpaksa la timbul unsur plagiarism disitu ye. maafkan saya ye madam.

Friday, 25 May 2012
SaMa tP bErbeZa
~jom layan lagu ni sambil baca~
Tira.....Azizi.... Mereka sama.
Mereka sama... kedua-dua insan ini adalah insan yang aku amat sayang dulu. bahkan, perasaan sayang itu masih terkesan di hati ini sehingga sekarang. sayang yang teramat sangat, sayang pada mereka mengatasi segalanya.
Mereka sama... dulu kami saling berjanji takkan meninggalkan dan ditinggalkan. untuk sentiasa bersama walau apa juga keadaannya.
Mereka sama... mereka berdua tinggalkan aku dalam keadaan hati aku hancur berkecai sehingga tak dapat nak dibaiki lagi. kalau masih boleh dibaiki sekalipun, kondisinya akan menjadi sangat buruk.
Apa yang berbeza??.. Azizi, lelaki yang meninggalkan aku kerana perempuan lain walaupun aku dah 100% setia padanya. Dia yang mengajar aku untuk jadi playgirl suatu ketika dahulu. Tira, sahabat baik yang meninggalkan aku hanya kerana salah faham kecil yang dibesarkan dan kerana keegoan masing-masing dan silap aku sendiri yang terlalu memaksa untuk kembali memulihkan keadaan. Tira mengajar aku untuk kembali menjadi seorang yang pendiam seperti di sekolah dahulu.
*nasib aku dirundung malang sederas gelombang menghempas ke pantai. Tiada esok lagi... Kelam masa depan...cuma hidup ini sudah tidak beerti*
#insyaAllah ini last aku post pasal Tira kat blog aku. kalau betul itulah keputusan dia. untuk menjauhkan diri dari aku. termalu sendiri pabila mengenangkan hanya aku yang merayu2.. seperti aku sangat terdesak.. fikirkan dia hanya akan buat aku menangis terbayangkan wajahnya yang sudah benci melihat diriku yang hina ini...
s@h@b@t terb@ik
Tira.. awal semester satu kita kenal. bermula dengan kelas TITAS. kau tegur aku then tanya, kita sama kelas ke? lepas tu kita cek jadual masing-masing. memang jadual kita sama. sama dengan Najihah, sama dengan Apek.
Pada awalnya, kita takdela serapat sebelum kita ada masalah. jumpa pulak time kelas saja. dalam kelas lah kita memulakan perkenalan. yang semakin lama menjadi semakin rapat.
Ingat lagi tak? masa kita beratur untuk PTPTN? kau kat depan aku kan? dengan Izzah, roomate kau. memang masa tu kau rapat dengan roomate kau pun. dan aku rapat dengan roomate aku masa tu. masa tu kita tak banyak bercakap. memang aku akui, aku memang jenis susah nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal.
pertengahan semester 1, kita mulai rapat. masalah aku, kau tahu. masalah kau, aku tahu. even sehinggakan masa kau ada masalah, tapi kau tak cerita kat aku pun memang aku dapat rasa yang kau ada masalah yang tak boleh nak dikongsikan. aku faham.
Masa kita rapat dulu. kau ingat tak, kita selalu makan sama-sama, study sama-sama, outing sama-sama, jalan-jalan sama-sama, menyanyi sama-sama, menari sama-sama. aku simpan lagi video tu. selalu tengok tiap kali rindukan kenangan kita.
Masa kita rapat dulu, ingat lagi tak janji kita bersama? kau janji dengan aku, kau nak bawak aku balik kampung kau. nanti kita nak mandi sungai sama-sama. aku rasa sangat seronok sebab aku tak pernah mandi sungai. selain tu, ingat tak kita janji nak bukak bisnes sama-sama? even lepas kawin, kita janji nak rumah dekat-dekat kan? supaya senang nak pergi shopping sama-sama nanti.. ^,^
kau lukis gambar kartun kita berdua dengan label "TIRA-NISA-FRIENDS FOREVER" dan aku upload kat facebook, tagged, skype.. hampir semua tempat la aku upload gambar kita. nak tahu kenapa, sebab masa tu pun aku dah rasa aku sayangkan persahabatan kita. aku nak simpan persahabatan kita dalam hati.
ingat double date kita kat Shah Alam? memang satu pengalaman yang luar biasa kan? kau nak tahu Tira, dengan kau jela aku dapat rasa semua tu. kalau dengan orang lain, memang takkan dapat la. kau ingat tak, kau pernah cakap, aku ajar kau tido lambat? takpe, tu kan salah satu kenangan persahabatan kita.
Tapi kan Tira, disebabkan kebodohan aku, ketidakmatangan aku, kita jadi macam ni. aku mengaku semua salah aku. aku tahu kau lah sahabat terbaik yang aku pernah ada. kau baik sangat dekat aku. tak mungkin lah kau yang salah. aku yang memulakan pergaduhan. aku mulai sedar, tak salah kalau dulu aku mengalah. tak salah aku bersabar dengan permintaan kau dulu. "nak rapat memang makan masa"
aku Rindukan kau Tira. betul-betul rindukan kau. aku tak sanggup dah kau macam ni lagi. aku cuma mintak satu je, maafkan aku. jangan la benci aku. aku betul-betul merayu dekat kau Tira. tegurlah aku balik. janganlah terus memasamkan muka dengan aku.
LOOK HERE, NUR ATHIRAH MOHD KHALIL, AKU KHAIRUNNISA SYAFIKA ABDUL RANI BETUL-BETUL MINTAK MAAF DEKAT KAU SEIKHLAS HATI AKU. AKU MENGAKUI SILAP AKU DULU. AKU BETUL-BETUL MENYESAL SEKARANG. MAAFKAN AKU TIRA......
kEcEw@ L@Gi
memang lah ujian itu tanda Allah ingat kita. tapi, kenapa kali ini terlampau berat ujian yang terpaksa aku tempuhi? aku sudah tidak mampu menanggungnya sendirian. sampai bila aku perlu menitiskan air mata?mudahlah bagi orang lain untuk menyuruh bersabar. tapi, tahukah mereka apa yang sebenar aku lalui??
aku demam. kepala aku terasa amat sakit. disebabkan ini minggu terakhir perkuliahan, terpaksa lah aku gagahi jua perjalanan untuk ke kelas pada pagi itu.
kelas organic chemistry. aku pergi tempat biasa, meja tengah. tiba tiba Tira datang. aku belom duduk. aku tengok dia duduk jugak dekat meja tu macam tak kisah aku duduk kat meja yang sama. aku tersenyum kegembiraan kerana kufikir kali ini aku masih ada peluang untuk kembali memulihkan keadaan kami. baru sekejap aku melabuhkan punggung di kerusi, Tira bangun lalu pindah ke meja belakang. bayangkan apa perasaan aku? hati aku menangis. tapi, tak siapa yang tahu!
tak cukup dengan itu, selepas kelas Calculus di blok Y-DK-01, aku panggil Tira nak bagi soalan assignment Calculus yang aku photostatkan untuk dia. tapi, dia langsung tak pedulikan aku. masa dia lalu sebelah aku, akhirnya dia ambil juga soalan tersebut. aku cuma kecewa dengan Tira. riak muka dia memang menunjukkan yang dia sangat benci kepada aku. dia memang sudah tidak sanggup melihat muka aku lagi.
perasaan putus asa datang secara tiba tiba. apa yang aku fikirkan?? aku memberontak "arghh...! Tira benci aku! aku dah malas nak usaha berbaik dengan dia! aku benci Tira! aku benci Tira kerana bencikan aku! aku takkan maafkan dia! Tira takde perasaan! Tira tak pernah tahu, aku menangis hampir setiap hari kerana dia! Tira memang takde perasaan!"
sampai bila aku perlu terus begini?sampai bila aku akan terus terjatuh?? sampai bila aku akan terus menangis lagi?? apa lagi yang Tira mahu aku lakukan?? dia masih tidak nampakkah keikhlasan yang aku tunjukkan? sampai bila kau nak seksa hati aku Tira?????
.....KHAIRUNNISA SYAFIKA
RINDUKAN
NUR ATHIRAH.....
astaghfirullahazim... aku mengucap panjang. sebenarnya semua ini bukan salah Tira. tapi, salah aku yang memulakan segalanya. aku menjadi benci pada diri aku sendiri. aku mula merasakan, dulu aku sudah membuat pilihan yang salah. jikalau beginilah, AKU LEBIH PREFER TERLANTAR DI HOSPITAL DARIPADA MEMILIH UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI JIKA INILAH YANG AKAN BERLAKU! walaupun, memasuki universiti adalah impian aku sejak kecil.
pergaduhan dengan sahabat baik aku kali ini sudah betul-betul meranapkan impian aku untuk teruskan pembelajaran di universiti. aku kecewa dengan diri sendiri. aku merasakan akulah manusia yang paling tidak berguna. kawan yang paling teruk! anak yang paling tidak boleh diharap!

Wednesday, 23 May 2012
Test oh Test!
belajar memaafkan jika ingin dimaafkan..
belajar menghormati jika ingin dihormati..
belajar memahami jika ingin difahami..
belajar menyayangi jika ingin disayangi..
belajar menghargai jika ingin dihargai..
belajar menyenangi jika ingin disenangi..
kalau nak ikutkan, harini la hari yang paling mengecewakan. tapi, take it positive la. everything happen for reasons kan. harini aku bangun awal. kul5.30 pagi dah bangun. awal kan? hee~
bila kepala dah berserabut dengan Test yg banyak, mula la plan nak study terbantut. pagi tu ada la jugak belek sikit nota Organic Chem dgan Chemistry Lab. bila petang menjelma, berat pulak mata ni.tidur jela. study entah kemana. memang Test pun redha jela.
bukak je soalan Test Chemistry Lab petang tu, "aduh, soalan apa ni? satu pun aku takleh nak jawab."
malam, lepas bukak puasa, lagi la. tak sempat langsung dah nak study Organic Chemistry. sebelun start Test, punya lah baca doa mintak dengan Allah supaya terangkan aku dan Tira and jugak kawan2 yang lain supaya mudah la nak jawab soalan. memang soalan pun 50-50 la. killer punya soalan.. nasib baik aku ada basic jugak. Alhamdulillah boleh gak jawab walaupun tak 100% kan.
sebelum Test OC malam tu, abes je CL punya Test, aku terus mecej Tira wish gudluck utk malam ni. aku cakap, aku teringin sangat nak tengok dia senyum. tak suka dia masamkan muka macam tu. even, no reply from her kan. tapi, aku tak mengharap. and then. masa Test OC dia pandang belakang. aku pun perasan la, dia tengok aku la tu. hee~ perasan! bila aku tengok dia balik, dia pandang depan. haha! comel gak Tira rupanya kan.
patutla ramai yang minat dia. korang jangan tak tau, ramai tau yang minat Tira. bila jalan dengan dia je, ramai la yang duk buat bunyi orang sakit mulut tu. pheewit sana pheewit sini. haha!
Monday, 21 May 2012
♥ we love Mdm Ruhil ♥
today.. presentation! haha..
so nervous even dah rapat sangat dengan budak kelas kan. i have never been this way before. bila aku nervous macam ni time presentation, i just feel like, i'm not being myself. macam ade sesuatu yang control diri aku. presentation sebelom ni, at least aku boleh hide perasaan nervous tu. but, not this time. dont know why.
lepas presentation, we've planned a surprise 4 our beloved Madam Ruhil Amal. for our technical english class also. becoz, lepas ni tak jumpa dah. sedih... huuu :'(
again... cake... but, kali ni kek chocolate... sedapp..!!! yummy yummy!! and also nasi goreng. dah la tengah lapar kan. hee~

Hari Perpaduan Kenshido Sdn Bhd
Mahu Mesti Mampu... Tula yang mesti selalu disematkan dalam hati.. jangan sempitkan impian dek kerana pendapatan yang kecil atau dengan kata yang lebih mudah "tak ada duit.."
pertama kali aku attend majlis yang sangat grand macam ni. memang sangat ramai manusia kat dalam stadium ni. that make me thought, yes! memang betul dah apa yang aku buat ni. rugi besar orang yang tolak apa yang kami ingin kongsikan ini!
kat sini dapat jumpa orang yang betul2 kaya dan tak berlagak. bukan macam orang tu yang kaya tak seberapa, kawan pun dengan orang kaya. tapi, talam dua muka. suka menindas orang yang miskin macam aku. dengan roomate sendiri pun nak cari masalah! astaghfirullahalazim... tetiba termarah pulak. maaf, aku hanya manusia biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa...!
one more thing. aku dah pandai jadi mamarazi sekarang! haha! Tira kan memang taknak aku tangkap gamba dia. tapi, aku peduli apa! aku nak jugak dia ada dalam kamera aku. biarlah dia taknak aku ada dalam kamera dia sekalipun, gambar dia aku nak jadikan memori gak.
satu lagi benda yang buat aku happy! tetiba aku jadi femes sekejap dekat sini. kameraman zoom muka aku then keluar kat skrin besar! haha! malu pun ada bila budak2 Edata Kuantan, duk bersorak pulak bila muka aku dekat skrin besar. haha! seronok!
pertama kali aku attend majlis yang sangat grand macam ni. memang sangat ramai manusia kat dalam stadium ni. that make me thought, yes! memang betul dah apa yang aku buat ni. rugi besar orang yang tolak apa yang kami ingin kongsikan ini!
kat sini dapat jumpa orang yang betul2 kaya dan tak berlagak. bukan macam orang tu yang kaya tak seberapa, kawan pun dengan orang kaya. tapi, talam dua muka. suka menindas orang yang miskin macam aku. dengan roomate sendiri pun nak cari masalah! astaghfirullahalazim... tetiba termarah pulak. maaf, aku hanya manusia biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa...!
one more thing. aku dah pandai jadi mamarazi sekarang! haha! Tira kan memang taknak aku tangkap gamba dia. tapi, aku peduli apa! aku nak jugak dia ada dalam kamera aku. biarlah dia taknak aku ada dalam kamera dia sekalipun, gambar dia aku nak jadikan memori gak.
![]() |
cuba cari dia dalam ni.. haha Jahatkan aku?! |
Subscribe to:
Posts (Atom)